Social Icons

Thursday 30 June 2011

hati yang di isra'kan

hmmm... No. 17. ah, ni dia...

ana menaiki bas "Tung Ma" bas express yang terkenal untuk pengangkutan ke Keningau dari Kota kinabalu. ana pun duduklah...

ana duduk dengan senyum ke arah seorang pemuda yang duduk bersebelahan ana. kerusi dia no.18.

nampak mcam peramah jak abang sebelah aku ni... huhu try2!

"abang asal sini ka? mau pigi keningau...?"

"ya... mo pigi keningau. bukan, saya asal sarawak. sekarang menatap di Nabawan... Jadi cikgu pendidikan khas..."

hwa... peramah dia ni... bleh gak cerita-cerita sepanjang perjalanan ni. hehe, ana memang orang bilang muka tembok, kalah tembok china... suka bercerita walaupun orang itu baru dikenali...

sesi ta'ruf kami bepanjangan... sehinggalah sampai keluar dari mulut brader ni... " mo buat macam mana? awek saya kerja di sini... jadi hampir tiap-tiap minggu jugala saya kena pigi KK ni, kadang-kadang tu naik motor sendiri saaampai ke KK..."

"PERGH... BIAR BETUL BANG!"

brader tu tersenyum lebar, ana sure takkan lupa senyumannya... satu senyuman yang bagi ana... bangga yang sungguh tidak patut..


pergh...! subhanallah...! gila abg ni...!

saudara sekalian, mungkin anda tidak akan terkejut seperti mana ana rasakan... untuk pengetahuan anda... perjalanan menaiki bas dari K.K ke keningau selama 2 jam 30 minit,

dari keningau ke nabawan memakan masa juga lebih 2 jam 30 minit . total masa perjalanan 5 jam lebih... untuk perjalanan pergi dan balik, total masa lebih 10 jam!

saudara, perjalanan ke keningau memang terkenal kerana ke"bahaya"annya...

(tanya la semua driver teksi dan bas di sini, sure dorang akan cerita sambil geleng2 kepala. kompom!)

dengan naik turun bukit, berkabus tebal dan bukitnya pacak meninggi, ~seram wo...

ana tidak habis fikir... sanggupnyaaaa dia bsusah payah sampai macam ni sekali... naik motor lagi tu... hish..  semata-mata untuk dating ngan awek dia untuk 1 hingga 2 jam... ~ ni barula yang dikatakan demimu, lautan api sanggup ku renangi...

~beginila semangat pemuda. gila-gila remaja la katakan...

pembaca yang dihormati, inilah sebab mengapa pemuda-pemuda palestin dibunuh di tanah mereka sendiri... yahudi-yahudi cukup takut dengan mereka... kerana apa?  

kerana semangat pemuda yang membara di hati mereka. pemuda akan melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat di hati. mereka akan memperjuangkan apa yang mereka rasa terbaik untuk mereka tidak kira apapun.


mudah-mudahan saja abang tu kawin ngan awek dia, silap-silap 'break' nanti kalau bukan jodoh... ndakka penig kepala...huhu

***
sebetulnya kisah tadi sangat penting untuk diambil pengajaran bagi golongan yang hari ini memikul panji-panji Allah di bahu mereka.

semangat kesedian untuk berkorban bila-bila masa! sekiranya pemuda-pemuda lain berkorban sebegini besar untuk bedating untuk lebih 1 jam, kita bersedia untuk mengorbankan lebih banyak lagi. masa?, duit?, tenaga? sbutkan apa saja, sentiasa ada disediakan untuk datang program dakwah walaupun program itu kurang dari 1 jam.

hati yang kurang mahu.

ya... di sini masalahnya, kelemahan "mahu" di hati. ana teringat 1 sirah sahabat, Bara' bin Malik yang terkenal dengan semboyannya "Allah dan Syurga".

Bara' bin Malik adalah saudara perawi hadith termasyhur yakni Anas bin Malik. Bara' bin Malik sangat terkenal dengan kemahuannya untuk syahid. sehinggakan khalifah Umar Al-khattab memesan untuk tidak melantiknya dia untuk menjadi panglima, kerana dia tahu Bara' hanya mengejar syahid.

peperangan-demi peperangan berlalu, namun Bara' masih belum berjumpa dengan 'rindunya'. di perang Yamamah, ketika semangat tentera islam semakin reda kerana merasa sudah menang, Bara' tahu, hal itu merbahaya dan tidak boleh dibiarkan, lalu teriak la dia

" Wahai saudara-saudaraku, angkat dan lemparkan aku ke kebun!"

dalam fikiran Bara', " sure kali ni aku syahid, inilah gambaran terbaik untuk pengakhiranku, bila aku dilemparkan ke kebun, aku akan membuka pintu gerbang.
 pada masa yang sama, pedang-pedang musuh akan mencincang tubuhku. Saat itulah pintu syurga akan terbuka untuk menyambut tamu baru dan mulia"

Bara' rupanya tidak menuggu dilempar, dia memanjat dinding dan melompat ke dalam taman, lalu membuka pintu dan tentera islam berhamburan masuk... ternyata, si perindu syahid belum bertemu rezekinya. dia masih hidup dengan lebih 80 luka pedang dan perlu dirawat 30 hari.

siri peperangan berterusan... di perang Tustur, di sinilah Bara' merayakan kemenangannya... di antara deretan para syuhada, wajah Bara' tersenym merekah bak sinar pagi.

***
subhanallah... saudara-saudaraku. hebatnya tarbiyah dari sang murabbi agung Nabi Muhammad SAW. keperibadian sahabat-sahabat terbentuk kemas. beginilah Allah mengisra'kan hati mereka.

kita?

meluangkan sedikit masa untuk agama Allah sahaja sudah  mendabik dada dengan bangga. seharusnya kita ingat, itu belum tentu menjamin kita menduduki syurganya nanti.

wahai hati, dengarla seruan ini. lembutkanlah dirimu merelakan segala-galanya untuk Allah, janganla biarkan dunia ini menjadi takhtamu.

riakkan dirimu, riakkan dikalangan malaikat-malaikat yang menyebut-nyebut namamu di depan Allah kerana ikhlas berbuat. riakkan dirimu, riakkan dikalangan ikan-ikan di laut dan tumbuh-tumbuhan yang mendoakan pengampunan bagimu sepanjang kau berbuat.

kejarlah kepayahan, kerana kepayahan itu sunnah dakwah. serahkan dirimu hati. serahkan kepada dakwah. perlahan-lahan kau akan di isra'kan kepada Allah.

***

lihatla Bara', kemahuannya begitu meninggi mengejar syahid. seandainya ana sendiri bersemangat dan berkemahuan kuat menebarkan islam di muka bumi,

insyaALLAH pasti daulah islam akan kembali. namun fizikal ana tidak kuat, dengan kelemahan yang menggunung hanya mampu berdakwah dengan selemah-lemah cara. tapi itu tidak menjadi penghalang...

kerana ana ada kalian...

Ayuh! bantu agamaNya!




untuk sebarang keraguan atas sumber :
Al-Quran : [2:214] , [47:7]
Buku : -60 Sirah Sahabat Rasulullah SAW
           -Begini Jalan Dakwah mengajar kami
Manusia : Ana sendiri huhu...

2 comments:

Nota Perjalanan said...

menarik kalimat

riakkan dirimu, riakkan dikalangan malaikat-malaikat yang menyebut-nyebut namamu di depan Allah kerana ikhlas berbuat. riakkan dirimu, riakkan dikalangan ikan-ikan di laut dan tumbuh-tumbuhan yang mendoakan pengampunan bagimu sepanjang kau berbuat..

idris bin hasyin said...

nota perjalanan : mudah2an, sy lbih mgamalkan isi kalimat2 itu. moga bmanfaat...