Social Icons

Saturday 24 September 2011

Datangnya Mengetuk Cinta

Selayaknya... 
Bagi Jiwa-jiwa yang mengajamkan dirinya di jalan ini
harus menjadikan dakwah sebagai laku utama
dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
dialah yang menggelayuti di setiap desak nafas
dialah yang akan menghantarkan jiwa-jiwa ini 
kepada redha dan maghfirah tuhannya kelak...


 Semua ikhwah semestinya sangat mengenali untaian kata di atas. kata puitis ringkas yang boleh saja meleburkan batu di hati. intro lagu Sang Murobbi yang meremangkan bulu roma dari belakang hingga tengkuk, lirik dan lagunya terus dengan mudah menarik-narik air keluar dari mata mengenangkan pengalaman pertama kali ditarbiyah dengan murobbi masing-masing. perasaan cinta yang diajarkan terlalu luar biasa, ajaib kata sebaiknya. perasaan yang mendalam dicampakkan dari Allah ke hati-hati ini menjadikan kenalan baru seminggu menjadi adik beradik yang bertahun-tahun terpisah mula bertemu. perasaan akrab sentiasa hadir bila bertemu dengan ikhwah, perasaan rindu muncul entah dari mana membungkam walau baru sekali bertemu. cinta begitu yang di ajarkan murobbiku. ku simpulkan sendiri...

Seorang Murobbi...

seorang murobbi merangkap sebagai seorang ustaz, seorang abang atau ayah, seorang sahabat, dan juga seorang pengkarya.

bila mana dia menjadi seorang ustaz, ustaznya tidak sekadar dalam halaqah bahkan menjadi ustaz di setiap detik hidupnya. dia menjadi rujukan utama sang anak halaqah untuk menyelesaikan musykilah dan pelbagai masalah dalam hidup. ustaznya bukan sekadar kata-kata, perbuatan dan cara hidup islaminya jadi subjek untuk diajarkan. pandangannya tidak sekadar kelemahan, bahkan potensi dalam setiap individu yang di pandangannya.


bila mana dia menjadi seorang abang atau ayah, kebajikan mutarobbinya yang menjadi keutamaannya. kehidupan mutarobbinya dibentuk kemas agar sesuai teladan salafussoleh dan para tabiin. masalah mutarobbinya diusahakan seperti masalah untuk dirinya, diselesaikan, diusahakan asalkan mutarobbinya berjaya di negeri akhirat sehingga kekadang terlupa dirinya mempunyai beban yang jauh lebih besar. selalu berlaku tegas tapi tegasnya seperti seorang bapa, sengaja tidak memanjakan, kerana tahu itu penting untuk kebaikan.

bila mana dia menjadi seorang sahabat, tidak pernah terdetik di hatinya untuk membiarkan mutarobbinya hanyut dengan ombak dunia, segala usaha di susun, berusaha agar motarobbinya terus sedar hakikat utama dirinya sebagai muslim. permasalahan yang membatu di dada mutarobbinya menjadi santapan telinganya, tadahan tangan doa untuk saudara-saudaranya tersingkap di hampir setiap tengah-tengah malamnya

bila mana dia menjadi seorang pengkarya. karyanya bukan taraf lukisan jutaan dolar di dinding-dinding muzium, bukan taraf arca-arca ribuan dollar yang berdiri di tepian kerpet-karpet merah. bahkan ia jauh lebih berharga dari itu. seninya jauh lebih halus. gerak tingkah laku tema prioriti karyanya. setiap tegurannya, setiap nasihatnya, setiap perbuatannya, pasti menyentuh tepat di hati mad'u nya. dari karyanya definisi cinta menjadi baru dan jauh lebih indah dan bermakna.


wahai murobbi...

jalan yang kau tunjukkan mulai ditapaki.... ku teruskan perjalanan walau tanpamu di sisi...

inti pati jalan panjang mula ditelusuri... bekalku cuma doamu dan imanku di hati....

cara hidup baru sudah menemani... genggamanku ada cita. meletakkan Allah tujuan hakiki...

alam ini mula bersemi... kerana aku... akan mula mengejarmu menjadi murobbi...

Friday 16 September 2011

Sabarlah Duhai Hati

Bismillahirrohmanirrohiem... dan Assalamualaikum...

IPT. satu frasa yang semestinya tidak asing lagi dikalangan kita. menjadi tujuan ribuan anak dagang pelajaran. saudara, ramai yang sudah sedia maklum IPT adalah satu medan yang paling penting untuk membawa diri kita ke alam profesional, dan dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi satu lubang gelap yang paling indah untk memusnahkan cita-cita.

manfaatnya diserap hampir sepenuhnya oleh pelajar bukan melayu Islam, cina dan india bukan Islam pelopor utama. ke mana perginya remaja yang dikatakan Islam? adakah sememangnya pelajar Islam menyimpan kecemarlangan diri... "rilek dulu bro... hero memang macam ni kena kalah dulu..."

ataukah sibuk dengan projek 'pacar' masing-masing...

IPT ~ Ini Produk Terkini. 

saudara-saudaraku. bukan isu perkauman yang diketengahkan disini. cuma masalahnya Islam yang menjadi mangsa. kerana Muslim itu adalah cermin untuk saudaranya yang lain...

Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara melaporkan sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata,
2500 kes anak luar nikah direkodkan dalam setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Apa yang amat menyedihkan, menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh
 (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

semestinya jari tidak ditunding ke arah mana-mana pihak. tapi tangan ini dihulur kepada semua pihak untuk bersama-sama mencari ubat kepada kudis masyarakat ini.

Ubat yang dikatakan berkesan memang banyak, tapi masalahnya suara-suara yang mengkehadapankan ubatnya hanya sekadar melepas batuk ditangga atau sekadar hangat tahi ayam.

yang sibuk melaungkan.."jagalah ikhitilath! jagalah ikhtilath!" dia juga yang kuat ketawanya besembang dengan bukan mahramnya... giginya yang paling dinampak. obvious!

yang sibuk melaungkan " No Couple! No Couple!" dia juga yang paling banyak sms budak tudung labuh... sampai ketawa tebaring-baring lagi...

yang sibuk melaungkan "Tundukkan Pandangan! Tundukkan Pandangan!" dia juga yang paling banyak berusaha mendekati lelaki... sampai ada lelaki yang mengadu rimas dan risau...

Banyak kes yang sudah menjadi. ada yang masuk universiti bertudung labuh... tahun dua dah pakai tudung singkat... tahun tiga... dah free hair. baik pakai tudung saji. yang lelaki, masuk universiti soleh mengalahkan ketua imam negara...! tahajud tiap malam, dhuha tidak pernah tinggal, puasa sunat isnin khamis... tapi tahun dua da start berkepit ngan perempuan seksi.

kita perhatikan... mengapa semua ini boleh terjadi? padahal yang melaungkan itu bukan mereka yang tidak tahu agama, bukan tidak mengenal dosa dan neraka... bahkan merekalah yang membawa agama! yang digelar Mujahid atau Mujahidah. yang digelar nafas-nafas baru Islam. yang juga dipanggil Generasi Harapan.

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. 
Dan Engkau tidak akan mndapati kebanyakkan mereka bersyukur."
 [7:16-17]

Jadi kepada anda yang sentiasa menghausi kemenangan Islam. Tahniah. kerana anda adalah sasaran utama Iblis. kita rujuk ayat dia atas, sasaran utama iblis adalah mereka yang sedang menuju kepada Allah. yakni ANDA!. dia tidak perlukan si perogol, si peminum arak, si penzina... kerana dia hanya ketawa melihat mereka. tidak seperti anda,  paling menakutkannya dan dalam masa yang sama adalah piala terbaik sekiranya ia mempu mengheret anda  ke neraka. ingat saudaraku... hati ini bukan milik kita, hari ini mungkin kita jadi soleh. tapi esok? belum tentu.

jadi kafilah rahimatumullah....

bisikkan ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Bersabarlah.... Jangan terpedaya omongan syaitan, tengok kawan-kawan lain beli handphone baru... mahu juga handphone baru... tngok kawan-kawan lain dating ngan couple, mahu juga ada couple.. tengok kawan-kawan ramai peminat, mau juga ramai peminat....
 
bersabarlah. kemenangan bukan di situ. ia di sini.

Orang-orang yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, 
adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.
[9:20]

ayah kita songsong kemenangan!

bakarkan semangat ke api terpanas, perangi nafsu habis-habisan.  Dunia yang kian menipu, semakin pula suka menjeratmu. bersabarlah... Janji Allah itu pasti... dan berdoalah untuk terus dikekalkan hati kita pada Allah, RasulNya dan dakwahNya.


01:41 a.m
ikhwah sendirian
rindu tanpa ntm disini.
doakan hati ini utk
tidak lupa mencintai 
yang patut dicintai!
entri ni ana dedikasikan
khas buat akhi 
Idris Bin Hasyin.

Saturday 3 September 2011

short en3 just 4 them!

Assalamualaikum... w.b.t. 


~ (jgan jawab kuat2 dpan skrin... nnti org bilang gila...)


Dakwah is a duty call,
A call from The Rabb, Ar-Rahim....
kalo org putih bilang first of All,
Ana bilang Bismillahirahmanirahieem... 


cheeeewah! ha ha! pantun dijual ni... beli3!


entri kali ni very the personal. untuk ikhwah sahaja. (cheh kalau bkan utk umum buat apa post? minta pujik!)


Akhi. kali ini ana menulis bukan sebagai akhi Idris. melainkan sebagai manusia biasa yg diberikan nama Idris bin Hasyin. entri kali ni khas untuk ikhwah sabah... tmaaasuklah yg di ums, matrik mahupun bukan diantaranya. (yg pnting sabah la)...


akhi, title 'akh' yg ada pada ntm jangan sekali2 siakan. why? sbb tdak smua yg mmpu memikulnya. itu harta yang lbih berharga dari ratusan timbunan emas. ia juga simbol tanggungjawab ntm sbgai khalifah.


"... Gambaran operasionalnya secara ringkas adalah setiap 'akh' (aktivis dakwah) hendaknya berusaha, dengan dakwah fardhiyah, memasukkan kawan baru ke dalam jalan dakwah dalam batas masa tertentu. seorang 'akh' harus benar-benar berkonsentrasi dalam projek ini, berazam untuk melaksanakannya, dan mencurahkan segala kemampuannya ..." - Mustafa Masyhur.


jadi akhi, walaupun ntm tegur ana untuk hanya memanggil ntm dgan nama sahaja tanpa 'akhi' , ana ttp akan panggil 'akhi' sblum nama ntm. sbb ini sebagai tanda penghormatan ana pda ntm. makanya. gelaran akhi ini jangan dipandang ringan. kalau bleh edit skit i.c..., letak 'Akh' depan nama. heee...


akhi, kalau saja boleh diterjemahkan berapa bersyukur dan gembiranya ana dapat teman sperti ntm semua, pasti ana ekspresikan. tapi ia di luar kmampuan ana. Alhamdulillah... Allah pertemukan ana dengan manusia2 sperti ntm.... dan sekiranya hari ini, minit ini, dan saat ini ana menjadi seperti sekarang. tiada lain... asbabnya adalah ntm.


kerana ntm :
  • ana mengenal apa itu pengorbanan
  • ana faham apa dipanggil menjaga hubungan dgan Allah
  • ana belajar untuk mencintai lelaki bukan mahram (huh? macam pelik ja..)
  • ana mula mengerti erti kata 'dakwah'
  • dan teristimewa sekali, ana tahu jalan untuk menjadi 'muslim'
akhi. ana akan pergi jauh... jauh dari ntm. banyak yg dikhuatirkan tapi semua dikuatkan juga.... Allah tahu kemampuan ana... sure Dia x bagi lbih2...


banyak dapatan sepanjang kita bersama. pengalaman ditarbiyah dari MRSM dengan murobi 'jambang' tegas. akhi Joseph At-Tawaui paling bermakna, kerana dia yg bawa ana bersama ntm... disambung ke Matrik dgan murobi 'emsem' rileks. Akhi Ismail... dan insya Allah pengembaraan ana akan disambung ke next stage.
my new playground


jadi akhi, pesanan ana untuk yg muda dari ana...
  1. jgan lupakan ana dalam doa tahajud ntm. kalau x doakan kesihatan ana pun xpa. tpi tlg doakan agar bila Allah memanggil ana, ana pulang dalam keadaan beriman dan sudah bersiap sedia untuk menjawab semua amanah dan tggungjawab ana.
  2. jgan terlalu banyak kontek ngan akhwat... ni pesan akhi Zikri. penting3! baca ni...  (huhu... ana pun tekena gak)
  3. matanglah. huhu... biarpun ramai antara ntm mengatakan ana blum matang... ana redha...(T_T). tapi akhi, kematangan kita bukan di situ... tapi ada pada cara kita bersikap pada dakwah. yes! kalau serius?, kita serius... kalau main? kita main....! 
  4. ada beza pandai dengan pandai2... so jgan pandai2. dun wori 2 say "afwan, ana tak tahu... nnti ana tlg cek...." itu labih baik dari kita sesatkan org...
  5. bukan kita saja buat kerja begini... ada raaaaamai lagi, dan dorg lebih hebat... cuma kita dengan cara kita begini. so apa sikap kita? 2:148 le...
  6. jangan takut untuk bekorban... kita menjual... 9:111. kuatkan diri... biar macam mana pun... usahakan utk attend program!! sbb siapa lagi mo attend kalo bukan kita... lainla kalau kperluan syari'e.
last but not least... 


doakan ana utk segera MATANG heee.... dan ingat akh... 
Dakwah ini sudah cukup berat... jadi jaaaaaaangan beratkan lagi... 
dan jangan besedih. berseronoklah dalam berdakwah...
sebab tujuan dakwah ini bukan untuk menyusahkan...



heeee... 
salam cinta dari ikhwahmu
yg sesat di keningau sendirian.
Idris bin Hasyin...
47:7

Friday 2 September 2011

Ramadhan Terakhir. [3]

"eh? siapa punya pla ni...?"

fikirannya diserbu tanda tanya. Quran terjemahan? Pink? Tepi mak? aih...?

kelihatan mata ibunya terbuka perlahan-lahan.

"zakiii.... da sampai ya...?" lalu bangun menegakkan sedikit badannya dan menarik bahagian bawah badannya untuk bersandar ke dinding.

Zaki menangkap bahu ibunya dan tolong menolak perlahan ke dinding.

"maaak... macam mana? masih sakit lagi...?

"hmm... macam tu juga la zaki... ndak da apa yang berubah..." senyuman manisnya terukir, siapa tahu di baliknya tinggal kesedihan dan kerisauan seorang ibu.

"oh ya. mak... kenapa beli quran ndak cakap ngan zaki... di sini mahal... kalau tempat zaki murah sikit..."

Zaki pura-pura bertanya dengan harapan ibunya memberitahu quran itu kepunyaan siapa.

wajah mak minah kelihatan pucat lesi, lemah ndak bertenaga.

"Zaki... mak sebenarnya ada benda mau cakap. ingatkan mo simpan dulu... tapi entahla... mak rasa macam ndak sempaaat jak..."

"zaki suda tau mak. kenapa ndak cakap dari dulu...?"

"pasal kanser mak ni....? mak ndak mahu kamu risau... mak tau, kerja kamu banyak. kalau tambah ni lagi... tambah runsing la kamu..." tunduk dan air mata terpancar dari mata mak minah.

"maaak...." menggenggam tangan ibunya dan merebahkan kepalanya di situ.

"sebenarnya... ada lagi satu kamu ndak tau... mak ndak sampai hati tinggalkan kamu sendiri. mak mau tanya kamu dulu... tapi takut ndak sempat..."

"apa tu mak?"

"mak suda bincang ngan kawan bapamu, pakcik Udin... dia ada anak dara... mak mau jodohkan kamu dua... tapi, dia suruh tanya kamu dulu mau atau endak. dia bilang dia mau juga bemenantukan kamu..."

raut wajah Zaki bertukar 180 darjah. diangkat dan memandang ibunya.

"tapi maaak..."

"Zakii... mak suda cakap yang kamu setuju...."

"Pakcik uddin?"

"ya... kenalka ka Humairah...? tu quran merah jambu tu. dia punya la tu... baik budaknya zaki... hampir setiap malam. dia datang sini. dia ingat mak tidur... dia selalu bacakan mak quran."

"humairah anak pakcik Udin...?"

***

"ui cewek laaa... pergh pewwwiiit... zaki-zaki tengok tu..."

"apa....?"

" tu tu tu! barang baek tu! bhe.... 34, 27, 31.... fuuuhhh...." sambil menggerakkan tangan isyarat seperti pasu.

"siapa tu?"

"tu anak pakcik udin, orang baru pindah tu.... ini la budak paling hot di kampung kita sekarang..."

"uih... muka ndak la cantik... taaapi body. pergh.... eee... geram aku betis tu... putihnya... tengok tu. baju macam ndak baju jho. melekkkaaat! rambut perang pla tu..."

***

Alllaaaaaaaaahuuuakbar... Alllaaaaaaaahuakbar....!

lamunan 5 tahun lalu melepak ngan kawan-kawannya terhenti oleh azan maghrib.

"Zakiiii.... Zaki! hmmm... mengelamun lagi la tu... hm. nah air, buka la puasa tu...."

perasaan Zaki macam ndak dapat terima. hah?! yang itu ka? teruknya... macam mana mau buat bini kalau begitu... sekali lagi tersepit dengan tanggungjawab, sebagai anak yang patut menyenangkan hati ibunya atau seorang lelaki yang mengimpikan wanita solehah untuk mendampingi hidupnya.

setelah minum air, zaki mohon diri untuk pergi solat maghrib sebentar.

'kenapala mak ndak tanya pendapatku dulu... eee... ituka biniku? alamak...'

seusai solat maghrib Zaki duduk bersila.

'ya Allah... teguhkan hatiku, kuatkan perasaanku. bantulah aku ya Allah... sekiranya ini ujian untuk merapatkan ku kepadaMu, redhakanlah hatiku...'

tiba-tiba teringat.
'eh... kira mantap la tu lau ada quran terjemahan... lagipun, mungkin dia suda ndak macam dulu. sudah berubah kali... manala tau, sekarang dia jauh lebih solehah dari bidadari tu...' zaki cuba mengubat hatinya.
'lagipun... Allah tahu aku ndak layak untuk bidadari tu... hmm... ya, memang ndak layak. ramai lagi imam muda di luar sana....  mungkin juga dia suda nikah... no. telepon ari tu mungkin no. lakinya....'

Zaki senyum sendiri.... lalu bangun dan pergi balik ke katil ibunya.

'ah... biarla. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.'

"maaak... Zaki ikut cakap mak. bila kita mo buat akad nikah mak....?"

ibunya menarik tapak tangannya dan menepuk ringan.

"1 syawal."

"hah?!"

"aaaah.... kamu ni, ndak paya la buat muka tekejut. kami bincang hal ni laama suda... pakcik udin bilang dia kenal betuuul kamu."

Zaki tahu mengapa ibunya meletakkan tarikh nikahnya secepat mungkin. air mata tidak semena-mena keluar dan membanjiri pipinya.

"Zaki paham mak... jangan risau... mak sempat juga tu cium menantu..." seolah-olah Zaki membaca fikiran ibunya. mak minah tahu tidak lama lagi dia dipanggil 'pulang' dan berharap agar ada pengganti untuk menjaga anaknya.

"oh ya... Zaki. ni pakcik Udin bagi no. telepon. kamu atur la macam mana untuk jumpa anaknya tu dulu."

"ndak paya la mak... Zaki yakin ngan pilihan mak. Insya Allah zaki ndak peduli rupa luarannya..."

"ingat.... bila kamu jadi suami nanti. kamu adalah imam. jika isteri kamu itu kapal, maka imamnya itu adalah nakhoda. kamu yang menentukan pelayaran kamu dua ke negeri akhirat."

...


"Mak... zaki akan sentiasa ingat mak."

***

pagi satu syawal. takbir kemenangan berkumanadang di hampir setiap ceruk kampung. speaker-speaker masjid tidak lengang dengan takbir raya. hari yang di serikan dengan warna-warni baju raya dan ketawa orang berpusu-pusu ke masjid. tapi Zaki hanya bersederhana. hatinya dirundung pilu memikirkan ibunya.
setelah solat sunat aidilfitri, Zaki dan beberapa orang sahabatnya pergi ke rumah pakcik Udin.
Zaki bersalaman dengan orang-orang di sana dan duduk. tiba-tiba.

"Zaki... mari sini... dulu kamu suruh pakcik carikan kamu jodoh kan..."

"eh. macam kenal jak suara tu. Pakcik Asir... eh, buat apa di sini pakcik?"

"sudah... kamu ndak perlu panggil pakcik suda, kamu kena panggil. Bapak." Zaki tersenyum dan menundukkan kepalanya. kata-katanya dulu diaminkan malaikat agaknya. 

"Jadi Humairah tu anak pakcik...?

"ya...."

majlis pun dimulakan, Zaki duduk bersila di hadapan pakcik Asir. dia hanya tunduk malu. nervous, tertanya-tanya, dan macam-macam lagi dirasanya. dia mengangkat kepalanya sedikit dan melihat pengantinnya dibawa keluar. tapi.

'eh. itu kan anak pakcik uddin yang seksi betul dulu tu... kenapa dia pakai baju kurung biasa jak'

belum sempat matanya diturunkan, tangan gadis yang dilihatnya itu memegang dan menarik satu lagi tangan lain keluar dari tabir.

"subhanallaaaah...." tiada kata lain yang mampu dia katakan.

pakaian gadis itu putih, dengan baju kurung sedikit kilat-kilat dan tudungnya labuh kelabu. yang dikatakan aurat, sama sekali tidak kelihatan. langkahnya perlahan dengan kepala yang ditundukkan.

'Bidadari.....' ya. wanita yang berada di mata Zaki sekarang adalah wanita yang sama melanggar keretanya.

"Zaki, ini amanah pakcik, dia juga anak pakcik yang sulung. dia baru tamat belajar dari universiti Al-Azhar.... belajar usuluddin sudah lama dia di perantauan, kini dia sudah pulang. dan sekarang ni dia juga amanah kamu."

mata Zaki berkaca-kaca... "Ya Allah..... Alhamdulillah...."
seusai akad nikah dan sedikit jamuan, Zaki membawa pengantinnya ke suatu tempat.

sekiranya Zaki ke tempat itu berdua bersama-sama ibunya, sekarang dia berdua bersama kekasih halalnya. sekiranya dulu hanya satu pusara yang dikunjungi bersama ibunya, sekarang menjadi dua. pusara ayahnya dan satu lagi ibunya.

"mak... Zaki akan sentiasa ingat cakap mak.... ari ni Zaki datang bersama 'kapal' Zaki..." isterinya kebingungan. 

"kapal? abang anggap humairah ni kapal ka?" tanyanya manja.

"ish." sambil senyum dan menarik dagu isterinya. 

"suda lambat ni.... mari kita balik "
Gambar hiasan


ingat.... bila kamu jadi suami nanti. kamu adalah imam. jika isteri kamu itu kapal, maka imamnya itu adalah nakhoda. kamu yang menentukan pelayaran kamu  berdua  ke negeri akhirat

mak minah sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 28 Ogos 2011. pada pukul 9.30 malam dalam dakapan Zaki.


...TAMAT