Social Icons

Saturday 31 December 2011

Memoir ceria KRS 2011 [RIJAL]

KEM REMAJA SINERGI 2011
23-25 DIS 2011
KEM PECAH BATU MANONG PERAK

assalamualaikum... terlebih dahulu! bismillahirrahmanirrahim... gambar-gambar yang dipaparkan ini tidak mendapat kelulusan lembaga perfotoan negara. jadi ana dengan suka ati mengupload... hahahaha. ok2, afwan disini tdak diceritakan secara detail apa yang kami telah lakukan hehehe... (nak tau jgak? join la tahun depan...!) ok2 apa yang anda saksikan nnti hanya momen-momen manis KRS, adapun dialog sesama ikhwah di bahagian caption, itu cuma rekaan semata-mata... hehe...  



Ok... jom start pengembaraan...!! 

Thursday 15 December 2011

Dakwah?! maaf...

Assalamualaikum.. cer yang agak pen ini dipersembahkan untuk Allah dan didedikasikan khas buat seorang insan yang istimewa. moga-moga sahaja Allah sentiasa mendampingkan dia dengan keredhaanNya. juga didedikasikan untuk mereka yang terasa kotor dan merasa dirinya tidak layak untuk berdakwah.


Ya Allah... ikhlaskan kami agar mudah menerima hidayahMu.


Pagar SMK. Bandar Kota Tinggi, Johor.
2005, 2.00 petang

"Halim, ko pasti  ka apa yang ko buat ni? Husna tu adik Am.."

suara Alif berbisik pada Halim, dia risau kerana yakin perbuatan mereka tu bagai menjolok sarang tebuan. Amrun atau dikenali sebagai Am merupakan pelajar tingkatan 5, sangat terkenal kerana ketika itu dia merupakan kepala  kumpulan samseng yang paling ramai ahlinya dalam sekolah itu.

"Ahh... kau ni.. Rilek la, yang buat ni aku. bukan kau... aku geram betul tengok si Husna ni... muka dah macam tayar lori yang meletup, tapi bajet cantek plak... eee blwek!" sambil bersedia dengan sebatang mercun dan mancis di tangannya. Niatnya untuk mengusik Husna.

"ha... dia datang, dia datang.." Husna kelihatan, dia yang lengkap berpakaian kurung sekolah menengah putih berskirt biru berjalan dalam kelajuan sederhana tanpa mengetahui ada bahaya sedang menanti...

"Sekarang!" dia mencampak mercun yang sudah ternyala ke arah Husna.

Husna hairan melihat mereka dan ketika itu tidak menyedari mercun itu sedang berada tepat di bawahnya.

"POUUM!!"

"Aaaaaaaaaaaaaaaa! celaka ko Halim....!!" suara nyaringya itu memecah suasana,  Halim pula lari bersama Alif dan ketawa terbahak-bahak. Nasib baik api dari mercun itu hanya membakar sebahagian kecil skirtnya.

Kolej Tun Hussein Onn, UKM Bangi.
2011, 9.00 Malam.

Ismail dalam perjalanan untuk menziarahi mad'unya. satu demi satu anak tangga asrama didakinya dengan hati yang tenggelam dalam keresahan.

'Hish... boleh ka ni....? macam mana kalau dia... Tapi.... err...' hatinya bagai dipukul ombak, tidak tenang dan keyakinannya tergoncang hebat untuk menziarahi mad'u kali pertama atas arahan murobbinya. tambahan pula mad'unya itu sangat mengenali dirinya yang silam.

"Insya Allah.. Allah bersamaku... aku datang untuk berukhwah, kan orang yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah akan mendapat syafaat di Mahsyar nanti..." Ismail berkata sendiri mengubat resahnya.. peluh dahinya dikesat, menarik nafas dalam-dalam, dan dihembus kencang.

"Huu!! Boleh!"