Social Icons

Saturday 2 June 2012

Pudar



Assalamualaikum... Uaasis bangun kembali dengan cerpen baru yang diterbitkan secara berasingan kepada 4 episod. Mohon Ampun kepada Allah atas janji yang dimungkiri dan kata-kata yang yang tidak tertunai, dan maaf juga kepada anda semua yang "tertunggu". Cerpen ini didekasikan kepada ikhwah, sahabat-sahabat teristimewa dan yang mengenali diri ini dan tidak lupa juga anda yang sudi meluangkan masa membaca cerpen ini. Terimalah... Pudar...

Episod 1.

***

Hujan gerimis tiba-tiba turun berbintik-bintik membasahi cermin tingkap bas. Petang itu kekal bosan bagi Faizul seperti hari-hari biasanya, nafasnya dihembus panjang kebosanan duduk di dalam bas  memandang keluar. Sudah 5 minit, tapi bas universiti itu masih tidak bergerak.

"Apa hal plak lambat gerak hari ni?"


Faizul membuka zip begnya dan mengeluarkan Quran kecil berwarna hijau. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membawa Quran ke mana-mana untuk dibaca bila lapang. Sedang dia khusyuk membaca terdetak di pandangannya kain merah jambu agak besar berlalu tenang ditepinya dan hilang melepasi belakang kerusinya. Dia mengangkat kepalanya.