Social Icons

Tuesday 17 December 2013

Fuh...!


Fuh... Lama tak update...

Fuh... Lama tak menulis...

Fuh... Lupa baca Bismillah...

Bismillahirrahmanirrahiem...

Fuh, post pertama setelah bergelar suami orang. heheh... bukan orang sembarangan tapi seorang akhwat. Alhamdulillah.

Ramai yang bertanya Akh, sambungan Pudar mane? kata 4 episod. ke 1 episod setahun...?

Hehe.. sabar kawan-kawan, dengan izin Allah Pudar 2.0 bakal menyusul. Doakan.

Cuma ada lagi yg lebih penting yang ingin diutarakan di kesempatan kecil ini.

Fuh! ready...? Jom.


Allah menukilkan dalam quran dua ayat yang sangat menusuk kalbu. ayat ini berada dalam surah Al-a'raf ayat yang ke 175-176.


Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. 



Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. 

Allah mengatakan betapa ruginya manusia yang kalah kemudiannya tunduk dengan kemahuan nafsunya.

Allah menghiasi kehidupan kita dengan dua benda yang sentiasa ada. ketaatan atau kemungkaran. kita bahkan tahu, ketaatan kepada Allah adalah pilihan yang terbaik. tapi mengapa terus berpaling kepada kemungkaran.

Berapa ramai orang tahu Couple tu haram, tapi berapa ramai yang Allah beri kekuatan untuk tak bercouple?

Berapa ramai orang tahu main game tu sia-sia, tapi berapa ramai yang Allah beri kekuatan untuk tinggalkan  game?

Berapa ramai orang tahu tengok blue tu haram, tapi berapa ramai yang Allah beri kekuatan untuk tinggalkan?

ayat ini jelas menceritakan manusia yang tahu dah larangan ke atasnya untuk bermaksiat, tapi mereka ingkar dan tetap melakukannya. Kita ini siapa? mata kita milik siapa? tangan dan kaki milik siapa? bahkan yang membenarkan kita hidup gembira saat ini siapa?

Ramai yang mampu menjawab, tapi tidak ramai yang yakin dengan jawapannya. Allah bahkan menghina orang-orang seperti ini. lihat ayat yang ke 176. manusia yang diciptakan oleh Allah dimuliakan semulia-mulianya. bahkan disuruh seluruh ciptaan sujud padanya. Allah boleh memuliakn siapa sahaja di antara kita, tapi yang paling mulia adalah mereka yang hatinya penuh dengan ketakwaan. tapi berapa ramai yang dibiarkan hina menjadi "anjing" di pandangan Allah. kita sendiri sudah tahu menghina orang dengan perkataan anjing sangat buruk, takkan Allah tak tahu. begitulah hinanya manusia yang membelakangkan Allah saat diuji dengan pilihan untuk bermaksiat.

Alangkah ruginya kita. bila melepaskan peluang untuk menjadi mulia di mata Allah.

Kita sangat tidak adil, meggunakan nikmat yang diberi Allah... tapi menggunakannya untuk ingkar dan melaggar perintahnya. mana pergi rasional kita, bila dengan manusia kita bahkan mengingat jasa baik sampai kita tua. tapi Allah yang memberikan nikmat kita dari saat lahir hingga tua bahkan sehingga kita mati pun. Ada kita ingat? 

berapa ramai orang sanggup mengutamakan Allah dalam hidupnya? mengabaikan pengetahuannya dan kemudiannya terjerumus dalam gaung shahwatnya? maaf. yang ini ramai. tapi....

teringat satu ungkapan yang sangat biasa dengan kita.

"Sesungguhnya semua solatku.. ibadahku... bahkah ________ dan ________ hanya untuk Allah"

Janji yang kita katakan pada Allah lebih dari lima kali sehari. maaf. ruangan kosong di atas sila jawab sendiri.

Kadang-kadang kita ni lebih kepada munafiq. sembang berapi... tapi bila dituntut janjinya pada Allah. langsung tak berusaha untuk tunaikan. Di mana silapnya?. kita tahu kita ini ciptaan Allah tapi mengapa masa kita lebih banyak bersama syaitan?

Kita bahkan malu dengan orang lain kalau mereka tahu kita bermaksiat. sangat menyedihkan bila kita diuji begini. terasa malu yang teramat dan mula menyalahkan Allah menzalimi diri kerana mendedahkan aib kita. yang teruk dan lebih menyedihkan lagi... langsung tidak ada rasa malu dengan Allah.

Sudah lah...

Mari kita kita tanamkan azam baru. untuk merealisasikan janji-janji kita pada Allah. kita berdoa pada Allah agar ditetapkan hati dan diberi kekuatan untuk terus bersama kebenaran. jaga hati, kerana di situ terletaknya takwa...

biarlah Allah menarik nyawa kita sebagai orang yang bertakwa. jangan ditarik ketika kita sedang berlumuran dosa. bangkitkan iman yang tidur. perjalanan ke syurga bermula dari detik ini, dan kita perlukan semua tenaga dan kekuatan yang ada.

Marilah saudara, kita menjadi manusia yang sebenar. Hamba Allah, kuli dalam departmen ketaatan.

Jom berlumba ke pintu syurga.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa."

Ali Imran : 133

Allahu taala alam.


Thursday 30 May 2013

Jemputan Ke Walimah Kami

 .: Bismillahirrahmanirrahiem :.

.: ...Assalamualaikum dan salam Satu Akidah... :.

Dengan Kerendahan Hati, ana (Akhi Idris Hasyin) dan zaujah (Ukhti Raihanah Zakaria) mewakili keluarga kami menjemput Ikhwah n Akhwat serta semua sahabat handai termasuklah yang mengenali kami untuk hadir ke majlis resepsi kami yang diadakan pada 7 Julai 2013.

Butiran majlis :

Tempat : Kg. Kauran, Keningau, Sabah

Tarikh : 28 Sya'ban 1434 H

Waktu : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Moga Kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis kami ;

Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai...




Eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”



Wednesday 29 May 2013

Proaktif Dalam Beriman

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaamm... (^_^)

Pertamanya...!!!

mari!

 kita!

bersama-sama manifestasikan rasa syukur kepada Allah... yang mencipta dan melindungi kita sehingga saat ini, menganugerahkan nikmat, dan masih membenarkan kita merasai indahnya hidup bersyariat "Islam". 

Ucaplah Alhamdulillah...

Satu soalan yang cukup istimewa buat anda. Apa khabar iman hari ini?

***
Pertanyaan ni yang ditanya berulang kali, dalam kelas quran kita? ada, bila berjumpa dengan ikhwah? ada, waktu riadah? ada jugak soalan yang sama... 

Alkisah... 2 orang budak... (=_=)'

"Khabar Iman plak nak ditanya... mana-mana aku gi ade je soalan tu...”

“Habis tu kau balas apa?”

“Aku perlilah… baek Alhamdulillah… dia kirim salam… dia ajak datang rumah nanti…”

“hahaha… kau ni… kau tau tak dia tanya khabar iman yang mana?”

“Iman yang ikut kelas quran sekali ngan kita kan…”

“haha… bukan iman tu der… iman yang dalam ni…” Sambil menunjuk ke dada.

“huowh… ye ke…?”

[ haha... faham tak?! tak faham...? erk... takpa-takpa... lupakan.. ]

***


“Apa khabar iman hari ini?”. 

Pertanyaan yang cukup ringkas tetapi  sangat penting untuk kehidupan. 


Monday 7 January 2013

Strangers







Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


Strangers, Islam is missing you... please come back quickly. Bring some new strangers with you...



7 Syurga








Kumandang cinta bergema hingga kehati
Lafaz lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh
Rapuhnya aku KAU maha tahu
Pagi siang malam dunia yang ku tuju
Saat ku jatuh baru ku sadar KAU lah segalanya
TUHAN ku angkat kedua tanganku
Sudikah Engkau menerima cintaku
Berdarah-darah akan ku tempuh
Menggapai tarikat cintaMu
Tujuh surga pun aku tak pantas
Menerima diri yang bersimbah dosa
Kuharap cinta dan ampunanMu
Setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta