Social Icons

Thursday 30 May 2013

Jemputan Ke Walimah Kami

 .: Bismillahirrahmanirrahiem :.

.: ...Assalamualaikum dan salam Satu Akidah... :.

Dengan Kerendahan Hati, ana (Akhi Idris Hasyin) dan zaujah (Ukhti Raihanah Zakaria) mewakili keluarga kami menjemput Ikhwah n Akhwat serta semua sahabat handai termasuklah yang mengenali kami untuk hadir ke majlis resepsi kami yang diadakan pada 7 Julai 2013.

Butiran majlis :

Tempat : Kg. Kauran, Keningau, Sabah

Tarikh : 28 Sya'ban 1434 H

Waktu : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Moga Kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis kami ;

Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai...




Eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”



Wednesday 29 May 2013

Proaktif Dalam Beriman

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaamm... (^_^)

Pertamanya...!!!

mari!

 kita!

bersama-sama manifestasikan rasa syukur kepada Allah... yang mencipta dan melindungi kita sehingga saat ini, menganugerahkan nikmat, dan masih membenarkan kita merasai indahnya hidup bersyariat "Islam". 

Ucaplah Alhamdulillah...

Satu soalan yang cukup istimewa buat anda. Apa khabar iman hari ini?

***
Pertanyaan ni yang ditanya berulang kali, dalam kelas quran kita? ada, bila berjumpa dengan ikhwah? ada, waktu riadah? ada jugak soalan yang sama... 

Alkisah... 2 orang budak... (=_=)'

"Khabar Iman plak nak ditanya... mana-mana aku gi ade je soalan tu...”

“Habis tu kau balas apa?”

“Aku perlilah… baek Alhamdulillah… dia kirim salam… dia ajak datang rumah nanti…”

“hahaha… kau ni… kau tau tak dia tanya khabar iman yang mana?”

“Iman yang ikut kelas quran sekali ngan kita kan…”

“haha… bukan iman tu der… iman yang dalam ni…” Sambil menunjuk ke dada.

“huowh… ye ke…?”

[ haha... faham tak?! tak faham...? erk... takpa-takpa... lupakan.. ]

***


“Apa khabar iman hari ini?”. 

Pertanyaan yang cukup ringkas tetapi  sangat penting untuk kehidupan.