Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salaamm... (^_^)
Pertamanya...!!!
mari!
kita!
bersama-sama manifestasikan rasa
syukur kepada Allah... yang mencipta dan melindungi kita sehingga saat ini, menganugerahkan
nikmat, dan masih membenarkan kita merasai
indahnya hidup bersyariat "Islam".
Ucaplah Alhamdulillah...
Satu soalan yang cukup istimewa buat anda. Apa khabar iman
hari ini?
***
Pertanyaan ni yang ditanya berulang kali, dalam kelas quran kita? ada, bila berjumpa dengan ikhwah? ada, waktu riadah? ada jugak soalan yang
sama...
Alkisah... 2 orang budak... (=_=)'
"Khabar Iman plak nak ditanya... mana-mana aku gi ade je soalan tu...”
“Habis tu kau balas apa?”
“Aku perlilah… baek
Alhamdulillah… dia kirim salam… dia ajak datang rumah nanti…”
“hahaha… kau ni… kau tau tak dia tanya khabar iman yang
mana?”
“Iman yang ikut kelas quran sekali ngan kita kan…”
“haha… bukan iman tu der… iman yang dalam ni…” Sambil
menunjuk ke dada.
“huowh… ye ke…?”
[ haha... faham tak?! tak faham...? erk... takpa-takpa... lupakan.. ]
***
“Apa khabar iman hari ini?”.
Pertanyaan yang cukup ringkas tetapi sangat penting untuk kehidupan.
Saudaraku, pernahkah kita terfikir mengapa soalan ini ditanyakan. Adakah sebab di wajah kita terpancar ikon bateri ‘iman dah nak habis’. Atau di dada kita ada lampu putih berkelip-kelip seperti Ironman termasuk air, amaran iman sedang kehabisan.
Nop!! Semestinya tidak.
Berapa ramai antara kita yang sedar ia adalah teguran daripada
Allah. Peringatan dari Allah melalui hamba-Nya yang concern
terhadap iman kita. (cari kawan yang tanya soalan tu... n peluk...) huh? -_-'
Seperti yang kita sedia maklum, iman manusia memang ada
pasang surutnya, ada masanya kuat dan ada
masanya lemah. Tujuan pertanyaan itu untuk membuat kita berfikir apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. Adakah
aktiviti menaikkan iman lebih banyak kita lakukan daripada perkara yang boleh mendestroykan iman? Atau yang berlaku adalah sebaliknya. eaaa....
Sauraraku... Kita cuma manusia biasa, yang imannya tidak bersifat
konsisten. Cuba kita imbas sejenak, sepanjang hari ini ada berapa amal yang
kita lakukan untuk mennaikkan iman?
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya iman dalam hati kamu
akan usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya pakaian. Oleh kerana itu,
mohonlah kepada Allah SWT agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu.” [HR
Thabrani]
You see...?! Iman itu akan lusuh...
Tapi jangan tunggu iman lusuh baru kita terkejar- kejar untuk refresh!. Seharusnya kita PROAKTIF minta dengan Allah agar dikonsistenkan imaN. Tidak kiralah ketika itu keadaan iman kita sedang segar dan kuat.
Tapi jangan tunggu iman lusuh baru kita terkejar- kejar untuk refresh!. Seharusnya kita PROAKTIF minta dengan Allah agar dikonsistenkan imaN. Tidak kiralah ketika itu keadaan iman kita sedang segar dan kuat.
Mengapa kita harus proaktif? Kerana kunci kejayaan kita adalah proaktif... Setuju?! kan...
Stephen R. Covey dalam
bukunya 7 Habits of Highly Effective People ada membahaskan makna kata proaktif
sepanjang 14 mukasurat dan aplikasinya sepanjang 46 mukasurat. Pakcik Stephen ni sahaja sudah faham akan betapa pentingnya sikap proaktif dalam mengejar cita-cita kita.
Tapi...
Al-Quran pula sudah mengajar sikap itu lebih 1433 tahun lalu.
“… Dan berlumba-lumbalah
kamu dalam kebaikan.”
[QS Al-Baqarah 2:148]
“…tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang
telah diberikanNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah
melakukan kebajikan..”
[QS Al-Maidah 5:48]
“Dan bersegerah
kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas
langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[QS Ali Imran 3:133]
Kalau kita perhatikan, Allah perintahkan kita untuk bersikap
proaktif dan jangan rasa selesa dengan tabungan
pahala yang ada. Allah kata bersegera! dan berlumba-lumba!. Ini
menunjukkan keseriusan itu dituntut dalam usaha mengejar syurga-Nya. [Setuju...? Ayat Qur'an kut... Tak caya ka...? -_-']
Camna nak dapat syurgaNya? Dengan imaan la...
Perlumbaan yang tidak disertai matlamat bukanlah perlumbaan namanya. Matlamat untuk menamatkan perlumbaan dan beroleh
kemenangan dengan bergaya harus ada dalam setiap diri pelumba. Di sinilah perlunya kretiviti kita dalam merangka strategi untuk realisasikan matlamat kita.
sooo....
Sekarang ini, kita letakkan matlamat yang sama.
“Memperoleh
iman yang tegar untuk masuk syurga yang kekal abadi”
Jadi apa tindakan yang
sepatutnya diambil? Mudah saja, kami cadangkan tiga cara yang saling terkait antara
satu sama lain.
Pertama, peka dengan kondisinya.
Kedua, manjakannya dengan cinta.
Ketiga, pertahankannya dalam apa jua keadaan.
Peka dengan
kondisinya
Sebagaimana seorang ibu atau ayah yang peka dengan keperluan
anaknya, begitulah sepatutnya kita peka dengan tahap keimanan kita. Simptom
kelemahan iman rasanya tidak perlu dibahaskan, kerana anda lebih arif
tentangnya. Tapi apa kata kita ukur tahapan iman menggunakan amal sebagai
indikasinya. Hari ini berapa lama masa yang diluangkan untuk baca
Al-Quran? Pagi tadi kita ada solat subuh
berjemaah? Malam tadi kita ada bangun untuk qiamulail?
Sedarkah kita sesuatu amal yang kita biasa lakukan, tetapi tiba-tiba terasa berat bahkan malas untuk laksanakannya
adalah teguran dari Allah yang
iman kita sedang memerlukan perhatian. Jadi... tidak ada cara lain... keluar dari comfort zone... PAKSA diri...!!
Manjakannya dengan
cinta.
Manjakan ia dengan memenuhi semua kehendaknya.
Rasulullah SAW bersabda:“Perbaharui iman kamu”. Para sahabat
bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab,
“Perbanyakkanlah mengucap “Laa ilaaha illallaah.” [HR Imam Ahmad]
Ia mahu dibawa lebih dekat kepada Allah. Lazimi kalimah toyyibah dan ungkapkannya dari lubuk hati yang paling dalam, korbankan keinginan nafsu, perasaan malas dan perkara yang membuang masa.
Bukankah, demi cinta kita sanggup berkorban apa sahaja, jadi mari kita berkorban
untuk manjakan iman dengan melakukan amal yang dicintai Allah.
Pertahankannya dalam
apa jua keadaan.
Ujian ke atas iman itu sudah menjadi ketetapan untuk semua orang yang mempunyai iman di hatinya.
Iman anda juga pernah
teruji? Jika pernah, amcam? Lepas x..? ka gagal terlingkup? kuikuikui... Erk.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar dengan
mengatakan ‘kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?” [QS Al-Ankabut 29:2]
Ujian dari Allah itu datangnya bertahap dan pelbagai versi, ada ujian dalam
bentuk ketakutan, kesusahan, dan ada pula dalam bentuk nafsu dan kesenangan. Jadi, tidak kiralah apapun bentuk ujian itu, BERMUJAHADAHLAH untuk sabar dalam mempertahankan iman.
Akhir kata,
Sekiranya saya mengatakan mujahadah ini memang pahit dan nafsu itu sebenarnya dinginkan hati. Jangan angguk plak... genggam tangan dan tumbuk langit! (jangan tumbuk saya...)
Katakan dengan yakin “Iman itu manis… neraka tu panas...!”
[faham tak?! tak faham... baca lagi... sampai faham.]
huhu...(T_T)
Luruskan niat... Kuatkan tekad... Selamat ber “proaktif” dalam beriman!
No comments:
Post a Comment