Social Icons

Friday 16 September 2011

Sabarlah Duhai Hati

Bismillahirrohmanirrohiem... dan Assalamualaikum...

IPT. satu frasa yang semestinya tidak asing lagi dikalangan kita. menjadi tujuan ribuan anak dagang pelajaran. saudara, ramai yang sudah sedia maklum IPT adalah satu medan yang paling penting untuk membawa diri kita ke alam profesional, dan dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi satu lubang gelap yang paling indah untk memusnahkan cita-cita.

manfaatnya diserap hampir sepenuhnya oleh pelajar bukan melayu Islam, cina dan india bukan Islam pelopor utama. ke mana perginya remaja yang dikatakan Islam? adakah sememangnya pelajar Islam menyimpan kecemarlangan diri... "rilek dulu bro... hero memang macam ni kena kalah dulu..."

ataukah sibuk dengan projek 'pacar' masing-masing...

IPT ~ Ini Produk Terkini. 

saudara-saudaraku. bukan isu perkauman yang diketengahkan disini. cuma masalahnya Islam yang menjadi mangsa. kerana Muslim itu adalah cermin untuk saudaranya yang lain...

Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara melaporkan sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata,
2500 kes anak luar nikah direkodkan dalam setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Apa yang amat menyedihkan, menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh
 (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

semestinya jari tidak ditunding ke arah mana-mana pihak. tapi tangan ini dihulur kepada semua pihak untuk bersama-sama mencari ubat kepada kudis masyarakat ini.

Ubat yang dikatakan berkesan memang banyak, tapi masalahnya suara-suara yang mengkehadapankan ubatnya hanya sekadar melepas batuk ditangga atau sekadar hangat tahi ayam.

yang sibuk melaungkan.."jagalah ikhitilath! jagalah ikhtilath!" dia juga yang kuat ketawanya besembang dengan bukan mahramnya... giginya yang paling dinampak. obvious!

yang sibuk melaungkan " No Couple! No Couple!" dia juga yang paling banyak sms budak tudung labuh... sampai ketawa tebaring-baring lagi...

yang sibuk melaungkan "Tundukkan Pandangan! Tundukkan Pandangan!" dia juga yang paling banyak berusaha mendekati lelaki... sampai ada lelaki yang mengadu rimas dan risau...

Banyak kes yang sudah menjadi. ada yang masuk universiti bertudung labuh... tahun dua dah pakai tudung singkat... tahun tiga... dah free hair. baik pakai tudung saji. yang lelaki, masuk universiti soleh mengalahkan ketua imam negara...! tahajud tiap malam, dhuha tidak pernah tinggal, puasa sunat isnin khamis... tapi tahun dua da start berkepit ngan perempuan seksi.

kita perhatikan... mengapa semua ini boleh terjadi? padahal yang melaungkan itu bukan mereka yang tidak tahu agama, bukan tidak mengenal dosa dan neraka... bahkan merekalah yang membawa agama! yang digelar Mujahid atau Mujahidah. yang digelar nafas-nafas baru Islam. yang juga dipanggil Generasi Harapan.

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. 
Dan Engkau tidak akan mndapati kebanyakkan mereka bersyukur."
 [7:16-17]

Jadi kepada anda yang sentiasa menghausi kemenangan Islam. Tahniah. kerana anda adalah sasaran utama Iblis. kita rujuk ayat dia atas, sasaran utama iblis adalah mereka yang sedang menuju kepada Allah. yakni ANDA!. dia tidak perlukan si perogol, si peminum arak, si penzina... kerana dia hanya ketawa melihat mereka. tidak seperti anda,  paling menakutkannya dan dalam masa yang sama adalah piala terbaik sekiranya ia mempu mengheret anda  ke neraka. ingat saudaraku... hati ini bukan milik kita, hari ini mungkin kita jadi soleh. tapi esok? belum tentu.

jadi kafilah rahimatumullah....

bisikkan ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Bersabarlah.... Jangan terpedaya omongan syaitan, tengok kawan-kawan lain beli handphone baru... mahu juga handphone baru... tngok kawan-kawan lain dating ngan couple, mahu juga ada couple.. tengok kawan-kawan ramai peminat, mau juga ramai peminat....
 
bersabarlah. kemenangan bukan di situ. ia di sini.

Orang-orang yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, 
adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.
[9:20]

ayah kita songsong kemenangan!

bakarkan semangat ke api terpanas, perangi nafsu habis-habisan.  Dunia yang kian menipu, semakin pula suka menjeratmu. bersabarlah... Janji Allah itu pasti... dan berdoalah untuk terus dikekalkan hati kita pada Allah, RasulNya dan dakwahNya.


01:41 a.m
ikhwah sendirian
rindu tanpa ntm disini.
doakan hati ini utk
tidak lupa mencintai 
yang patut dicintai!
entri ni ana dedikasikan
khas buat akhi 
Idris Bin Hasyin.

5 comments:

Unknown said...

dia pn bli handphone jgk..

idris bin hasyin said...

hik3... itu xda kena mngena ngan en3 ni k... yg tu sbb tepaksa... hp lg 1 x bleh letak sim yg ada cip bank rakyat... elleh... hp PC fair jak pun...

Walid Hafizul said...

akhi!!!! rindu sama nta.

banyakkan bersabar dengan dugaan dan ujian di ipt tau akhi. Semoga Allah sentiasa bersama dengan nta!

idris bin hasyin said...

huhu... ana juga merindui ntm akh... mohon doanya sentiasa ya...

Unknown said...

sentiasa doa kwn2 berjaya... INSYAALLAH...