Social Icons

Saturday 18 August 2012

Kau pergi...

Sayu takbir di malam ini mengiringi,
kau pergi tanpa janji untuk bertemu lagi...

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrrahim... kami hulurkan salam cinta, Assalamualaikum...

Sejujurnya ketika ini perasaan sedang tidak normal. patut bergembira atau bersedih... Ramadhan sudah pergi, sedangkan kondisi sekarang ini tidak jauh berbeza dengan yang sebelum ramadhan. Muhasabah Ramadhanku menunjukkan objektif sebenar bulan ramadhan tidak berapa nak tercapai...(T_T). SMS-SMS raya sudah bertalu-talu masuk... satu pun belum dibalas lagi...

Ya Allah... bagaimana kalau ini memang ramadhanku yang terakhir, betapa ruginya diri ini. peluang pahala digandakan sebanyak-banyaknya, bulan yang mana siangnya rahmat dan malamnya penuh berkah, dan hati manusia yang kering dan keras menjadi basah dan lembut...

Semua orang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikkan. Ada yang mengambil 20 rakkat teraweh, bersedekah setiap hari kepada fakir miskin, qiam tiap-tiap malam, mengkhatamkan bacaaan Qurannya 1 kali, 2 kali, 3 kali bahkan ada yang khatam 4 kali. iktikaf di malam-malam terakhir, solat sunat dhuha tiap-tiap hari dan macam-macam lagi. Dan saya pasti anda juga tidak ketinggalan dengan perlumbaan ini.[Takabballahu minna wa minkum] Bahagianya di bulan ini jelas terasa.

Tapi...

Amal yang aku sediakan di ramadhan ini sebetulnya belum cukup untuk dibawa pulang... amalan yang sedikit dan belum tentu berkualiti. Ramadhan berakhir dengan hatiku masih terdedah dengan karat-karat jahili... masih berkemahuan dengan perkara yang tidak memanfaatkan Agama dan dakwah... Ramadhan datang menawarkan peluang untuk menyuburkan benih-benih ketakwaan di hati kita, tapi bagaimana aku hargainya...?!!

Peluang ini sudah terbaaang~ dan tidak mampu ditangkap lagi...

Tidak kira sekuat manapun menangis,
apa pun yang aku lakukan....
Ramadhan telah pergi...
dan aku ditinggalkan sekali lagi...

Cuma...
Akan ada lagikah ramadhan untukku...


Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima semua amalan kita. mohon kemaafan juga sekiranya sepanjang keterlibatan kami dengan mata dan hati anda ada yang tidak enak ataupun tidak menyenangkan. Kami cuma manusia yang memang penuh kesilapan. Slam muhasabah ramadhan, moga natijah ramadhan kali ini jauh lebih baik dari tahun-tahun yang sudah...

PEACE~


Saturday 2 June 2012

Pudar



Assalamualaikum... Uaasis bangun kembali dengan cerpen baru yang diterbitkan secara berasingan kepada 4 episod. Mohon Ampun kepada Allah atas janji yang dimungkiri dan kata-kata yang yang tidak tertunai, dan maaf juga kepada anda semua yang "tertunggu". Cerpen ini didekasikan kepada ikhwah, sahabat-sahabat teristimewa dan yang mengenali diri ini dan tidak lupa juga anda yang sudi meluangkan masa membaca cerpen ini. Terimalah... Pudar...

Episod 1.

***

Hujan gerimis tiba-tiba turun berbintik-bintik membasahi cermin tingkap bas. Petang itu kekal bosan bagi Faizul seperti hari-hari biasanya, nafasnya dihembus panjang kebosanan duduk di dalam bas  memandang keluar. Sudah 5 minit, tapi bas universiti itu masih tidak bergerak.

"Apa hal plak lambat gerak hari ni?"


Faizul membuka zip begnya dan mengeluarkan Quran kecil berwarna hijau. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membawa Quran ke mana-mana untuk dibaca bila lapang. Sedang dia khusyuk membaca terdetak di pandangannya kain merah jambu agak besar berlalu tenang ditepinya dan hilang melepasi belakang kerusinya. Dia mengangkat kepalanya.


Tuesday 10 April 2012

The come back!

Bismillahirrahmanirrahiem... Assalamualaikum...

Fuh! fuh! tipu-tiup sket habuk ni...

Lama tak usik uaasis... maafkan kami atas kesunyiaan yang panjang dan mohon jutaan kemaafan juga kepada mereka yang sering bertandang ke sini tapi terpaksa dikecewakan tanpa entri yang baru..

(chieeh bukannya best pun... haha..perasan...! ) ~

wooorait...! jadi untuk "celebrate" kepulangan ini, kami sajikan satu entri yang cukup-cukup istimewa buat para perindu dan pengejar hidayah Allah... buat diri ini terutamanya...

Cerpen terbaru... yang akan diterbitkan tidak lama lagi..

"Pudar"

Mudah-mudahan diterimaNya sebagai amal yang sahih... (Ameen...)


...Sekadar gambar hiasan...

Saturday 25 February 2012

Itsar itu bahagia

Bismillahirrahmanirrahiem... Assalamualaikum...


Suadara/i yang dirahmati Allah... Berjanjilah senyuman untuknya...


 Bila dibaca intro entri ini mesti pelik, kenapa perlu menjanjikan senyuman? dan pada siapa perlu dijanjikan? Tapi mohon jangan salah faham dahulu, niatnya cuma ingin mengetuk pintu suci dalam hati saudara/i. Dalam kehidupan seharian, kebanyakkan prioriti nombor satu adalah untuk membahagiakan hidup kita dan orang-orang yang kita sayangi. Sehinggakan untuk menemui manusia yang berkorban untuk menyenangkan orang lain, seperti mencari jarum dalam lautan padang pasir.

   Agak bingung? masih kurang jelas? jangan terburu-buru untuk menutup tetingkap blog ini dulu. Mari kita tanyakan hati kita. Sekiranya diberi pilihan, samada kepentingan kita atau kepentingan orang lain. Mana yang lebih kita utamakan? sekiranya pilihan anda adalah kepentingan sendiri, maka anda adalah sasaran utama entri kali ini.

Thursday 9 February 2012

Sinergi Datang Lagi!

Bismillahirrahmanirrahiem... Assalamualaikum...

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan mempromosikan Sinergi '07. ~huhu... mau pahala juga...(^_^)

Majalah sinergi datang lagi dengan wajah yang baru. Cantik...

Jeng! Jeng! Jeng!


Cantik kan! nampak mahal... hohoho. anda rasa ia mahal? hmm... anda rasa berapa ringgit? saya bagi anda pilhan k...

A) 5 ringgit
B) 7 ringgit
C) 4 ringgit
D) 5 ringgit setengah

"ha... pilih! pilih!"

"C?!"

"salah..."

"D!"

"D?! salah..."

"hehe... mesti A. kan kan kan...!"

"muahahahaha! salah..."

"=_=... takkan B... mahal la..."

"memang la bukan B, sapa kata B?! jawapannya..... E!"

""manada E..."

"ya betul...! sebab harga dia lebih murah dari itu semua... dia cuma 3 ringgit!"

"3 ringgit?!... waaaaaaaaaah. murah gila...!"

"betul betul betul! tapi macam keluaran sebelum ni... isinya tetap sarat dengan ilmu... tulisannya sesuai dengan semua lapisan masyarakat dan peredaran zaman..."

"macam mana mau dapat?"

"hmmm... itu kena tunggu dulu... dia akan bertebaran di Malaysia tidak lama lagi... hehe."

~ pencerahan baru dalam medan dakwah penulisan. Semoga majalah ini "dibeli" Allah sebagai amal yang menarik ke syurga. Jangan ketinggalan untuk membeli ya, untuuuung dapat beli...

check it out...

Untuk UKM kampus bangi, sekiranya berminat boleh la menghubungi Idris Bin Hasyin di hotline : 019-8514236 atau emailkan ke : idrishasyin@gmail.com. penghantaran percuma kepada anda!

Sinergi edisi 07

Saturday 14 January 2012

Perjuangkan cinta ini



Bismillahirramanirrahiem... Assalamualaikum w.b.t


    Cinta, hati terasa indah bila tertera perkataan ini. Cuma mungkin terjemahannya ikut hati masing-masing, bila teringat cinta, ada yang teringat hubby,teringat baby, teringat cayunk, buchuk dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga, bila teringat cinta, ada yang teringat Ferrari, Porche, Lamborgini, dan yang bersekutu-kutu dengannya. Baik, perbahasan mengenai cinta yang begini dikupas di waktu yang lain tapi untuk kali ini, uaasis ingin berkongsi mengenai satu cinta, cinta yang ajaib tapi kurang mendapat sambutan dan sering dilupakan.




Mahu tahu apakah cinta itu?


Cinta yang boleh menimbulkan rindu yang teramat, sehinggakan keindahannya tepu terasa walau sekadar melihatnya mahupun mendengar mengenainya.


Cinta yang uaasis maksudkan adalah cinta pada saudara seiman. (^_^)

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
[49:10]

Satu soalan, adakah kita termasuk dalam golongan pencinta ini? 
Tepuk dada tanya iman, tapi jangan tanya aiman, kerana aiman akan jawab. "aiman tak kesaaaah."


erk.. =_=' , ok2!

Hmmm... Secara jujurnya spesies cinta ini sangat-sangat menghairankan saya sendiri. 

Saturday 7 January 2012

Bisikkan ke hati...


~Bisikkan ke dalam relung hati hamba yang semakin alpa dan lupa...(T_T)

***

Duhai hati

atas dasar apa kau mensyukuri?
gembira kerana senang, atau suka kerana dipandang
nikmat dihulur semata itu menguji keimanan 
sedang kejayaan hidupmu pasti diterbangkan

Duhai hati

atas dasar apa kau menangisi?
suram kerana susah, atau sedih kerana malu
ujian yang dihulur itu nikmat dariNya
dugaan yang mewarna itu dakwat cintaNya

Duhai hati 

atas dasar apa kau mencintai?
nafsumu atas kecantikan budi, atau baiknya pekerti
akhlaknya dikedepankan, solehnya jadi tekapan
tapi bila goyahnya cinta, hangus rentung ikatan