Social Icons

Saturday, 2 June 2012

Pudar



Assalamualaikum... Uaasis bangun kembali dengan cerpen baru yang diterbitkan secara berasingan kepada 4 episod. Mohon Ampun kepada Allah atas janji yang dimungkiri dan kata-kata yang yang tidak tertunai, dan maaf juga kepada anda semua yang "tertunggu". Cerpen ini didekasikan kepada ikhwah, sahabat-sahabat teristimewa dan yang mengenali diri ini dan tidak lupa juga anda yang sudi meluangkan masa membaca cerpen ini. Terimalah... Pudar...

Episod 1.

***

Hujan gerimis tiba-tiba turun berbintik-bintik membasahi cermin tingkap bas. Petang itu kekal bosan bagi Faizul seperti hari-hari biasanya, nafasnya dihembus panjang kebosanan duduk di dalam bas  memandang keluar. Sudah 5 minit, tapi bas universiti itu masih tidak bergerak.

"Apa hal plak lambat gerak hari ni?"


Faizul membuka zip begnya dan mengeluarkan Quran kecil berwarna hijau. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membawa Quran ke mana-mana untuk dibaca bila lapang. Sedang dia khusyuk membaca terdetak di pandangannya kain merah jambu agak besar berlalu tenang ditepinya dan hilang melepasi belakang kerusinya. Dia mengangkat kepalanya.



"Huh! budak tudung labuh kut..."

Firasatnya berkata-kata. dia kemudian menundukkan kepalanya dan terus menyambung bacaannya.

"krreeeeaaerk" Bunyi gear dimasukkan dengan clutch yang tidak ditekan sepenuhnya. Bas itu pun mula bergerak. Hujan pula turun semakin lebat, pandangan Faizul teralih ke arah luar melihat daun-daun pokok menari kencang digoncang angin dan taluan air, tar jalan lerlopak-lopak, tanah lapang kelihatan membentuk sungai-sungai kecil bercabang.

Sampai ke satu stesen, bas itu berhenti. Faizul memasukkan kembali Qurannya ke dalam beg, fikirannya terbang jauh memandang ke luar. 

"HOI!" 

tersentak Faizul pahanya dipukul tiba-tiba.

"Amboiiiii... jauhnya mengelamun. fikirkan jodoh ke bang..." Hafiz memukulnya, dan terus duduk di sebelahnya menyeka rambutnya yang basah ke belakang berulang-ulang kali. 

"uish... Hujan lebat hari ni.." Kata Hafiz.

Faizul cuma tersenyum kecil dan menghulur tangannya. " Assalamualaikum.." Wajahnya yang jernih memang manis dihiasi senyuman.

"oh. Wa alaikum salam... hehe, sori-sori.. Ni yang aku suka duduk dekat ko ni.. asal pandang muka ko rasa naik je iman aku ni... bila dekat ko terasa nak  beriman je..." 

"Astaghfirullah... ko nak puji aku ke? Alhamdulillah.."

"Eh, kenapa ko kata Alhamdulillah, ko bangga eak...?"

"Alhamdulillah tu kan semua pujian kita untuk Allah, jadi pujian itu kita salurkan pada Allah, apa yang ko pandang pada aku  semua dari Allah. Aku takda apa-apa Piz... Takda satu pun milik aku..." tangannya diletak perlahan ke paha Hafiz.

"Owh hehehe... Faizul, aku nak tanya ko satu soalan ni. Aku risaula aku tengok budak-budak pompuan sekarang ni memang ramai yang cantik, nak buat girlfriend bleh la tapi nak buat bini... macam takde je. aku ni bukannya apa, tapi aku nak la ibu anak-anak aku nanti solehah, tolong kejut aku solat tahajud, selalu bangunkan aku subuh, pandai baca Quran, selalu puasa sunat. tak pernah tinggal solat bila mampu, auratnya sentiasa dijaga, hormat mak bapak aku, kalau boleh..."


"Biarlah kulit putih, cantik, pandai masak, lemah lembut... dan yang sewaktu dengannya.." Sambung Faizul sambil menggerakkan kepala ke kiri dan kanan.

"Hahahahaha.... mana tahu ni..." Tawa Hafiz kehairanan.

"Ko dah pernah bagitau aku la..."

"Ye ke? tak ingat pun..."

"TING TONG" loceng bas tiba-tiba berbunyi.

"Alhamdulillah... dah sampai fakulti. aku gerak dulu k... dan Hafiz, apa kata kalau berhenti peningkan kepala memilih jodoh yang terbaik.... dan mula untuk siapkan diri untuk jadi calon suami yang terbaik. Orait brader...  Assalamualaikum..."

Hafiz terpana mendengar kata-kata Faizul. Memang ada betulnya apa yang dia katakan, dia asyik berfikir calon isteri yang solehah tapi dirinya sendiri belum stabil, title soleh? jauh sekali...

Faizul berlari-lari anak turun dari bas ke stesen bas berdekatan, hujan masih lebat. Setibanya di stesen bas dia menyapu-nyapu kedua tangannya  berulang kali menyahkan air dari bajunya. 

"Faaaizuuul..." Namuanya tiba-tiba dipanggil lembut berlagu, Faizul memalingkan kepalanya.

"Wei Leng... Hai... You don't have any class today?" Tanyanya seloroh tidak tahu nak tanya apa lagi.
Wei Leng sahabatnya dari Hong Kong, wanita cantik ala model China berkulit cerah kemerahan, terkenal dengan sifatnya yang peramah. Sering di gelar dengan kawan-kawan sebagai "patung" kerana wajahnya.

"Oh.. I just finished for today... hey you're wet... here, let me help you.. " Wei Leng mengeluarkan tisunya dan menghalakan tangannya ke muka Faizul, Faizul tersentak dan undur selangkah, tapi wajahnya kekal tenang dan bersahaja .

Mata Faizul terpandang ke arah bas tadi, dan dia melihat seperti sepasang mata sedang tajam merenungnya. Empunya mata itu turun dari bas, tapi terus menyeberangi jalan, ke arah bangunan Fakulti. Bas itu kemudiannya bergerak meningggalkan stesen. 

"Sorry Wei Leng, you should not do this, I'm a muslim. As a muslim,  man and woman that can be married are not allowed to touch each other without marriage." 

"Oh... I see... I'm so sorry. In my country it is totally normal... But, I kind of interested with your religion. Really?! you all are prohibited to touch each other if not married?"

"ouh... well... it seems like it. it also as a symbol of our respect for woman, they are too precious to be easily touched by anyone."

"wao... thats odd..." Wei Leng merendahkan pandangannya dan menghulurkan tisu kepada Faizul.

"Looks like the rain have stopped. i better get going... See you Wei Leng..."

Hujan lebat kembali renyai, sengaja Faizul bergesa meninggalkan Wei Leng, suasana menjadi agak kurang selesa. Tapi fikirannya tertumpu kepada mata yang memandangnya tadi.

"Sapa tudung labuh pink tu... pandang aku macam tu.... macam marah je.... Bila aku jumpa dia ..?"

Ketika melintas jalan Faizul terpandang satu rantai kunci kartun kepala singa yang comel yang sangat dia kenali.

"Eh... ni... dia... punya..." 


Bersambung...


"apa kata kalau berhenti peningkan kepala memilih jodoh yang terbaik.... dan mula untuk siapkan diri untuk jadi calon suami yang terbaik"




6 comments:

Alif Yusof said...

lama tak menulis....time nak exam gak ko ada idea. haha.. x sabar tunggu sambungan. haha

Haziq Jundullah said...

ermm... panasaran dibuatnya... :)

LakaranMusimBunga said...

adakah faizul yang abang kenal?

Faizul Osman said...

ape lah ko ni.... boleh segan aq thu tak...???? kena bg ganjaran lah klu mcm ni...

MABAJ92 said...

wah ni buat x sabar2 nak tunggu episod baru,nice ending...buat org tertunggu2...sape si merah jambu tu?

Anonymous said...

hisshh, uinaah...cerita antum nih. x sabor den dibuatnye