Social Icons

Thursday, 30 May 2013

Jemputan Ke Walimah Kami

 .: Bismillahirrahmanirrahiem :.

.: ...Assalamualaikum dan salam Satu Akidah... :.

Dengan Kerendahan Hati, ana (Akhi Idris Hasyin) dan zaujah (Ukhti Raihanah Zakaria) mewakili keluarga kami menjemput Ikhwah n Akhwat serta semua sahabat handai termasuklah yang mengenali kami untuk hadir ke majlis resepsi kami yang diadakan pada 7 Julai 2013.

Butiran majlis :

Tempat : Kg. Kauran, Keningau, Sabah

Tarikh : 28 Sya'ban 1434 H

Waktu : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Moga Kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis kami ;

Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai...




Eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”



2 comments:

Hingin said...

tahniah... hahaha.. harap2 dpt pigi arrr...

Abu Dzar Ghifari said...

ok...I'll try my best to come hehe