Social Icons

Wednesday 29 May 2013

Proaktif Dalam Beriman

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaamm... (^_^)

Pertamanya...!!!

mari!

 kita!

bersama-sama manifestasikan rasa syukur kepada Allah... yang mencipta dan melindungi kita sehingga saat ini, menganugerahkan nikmat, dan masih membenarkan kita merasai indahnya hidup bersyariat "Islam". 

Ucaplah Alhamdulillah...

Satu soalan yang cukup istimewa buat anda. Apa khabar iman hari ini?

***
Pertanyaan ni yang ditanya berulang kali, dalam kelas quran kita? ada, bila berjumpa dengan ikhwah? ada, waktu riadah? ada jugak soalan yang sama... 

Alkisah... 2 orang budak... (=_=)'

"Khabar Iman plak nak ditanya... mana-mana aku gi ade je soalan tu...”

“Habis tu kau balas apa?”

“Aku perlilah… baek Alhamdulillah… dia kirim salam… dia ajak datang rumah nanti…”

“hahaha… kau ni… kau tau tak dia tanya khabar iman yang mana?”

“Iman yang ikut kelas quran sekali ngan kita kan…”

“haha… bukan iman tu der… iman yang dalam ni…” Sambil menunjuk ke dada.

“huowh… ye ke…?”

[ haha... faham tak?! tak faham...? erk... takpa-takpa... lupakan.. ]

***


“Apa khabar iman hari ini?”. 

Pertanyaan yang cukup ringkas tetapi  sangat penting untuk kehidupan. 


Saudaraku, pernahkah  kita terfikir mengapa soalan ini ditanyakan. Adakah sebab di wajah kita terpancar ikon bateri ‘iman dah nak habis’. Atau di dada kita ada lampu putih berkelip-kelip seperti Ironman termasuk air, amaran iman sedang  kehabisan.  

Nop!! Semestinya tidak.

Berapa ramai antara kita yang sedar ia adalah teguran daripada Allah. Peringatan dari Allah melalui hamba-Nya  yang concern terhadap iman kita. (cari kawan yang tanya soalan tu... n peluk...) huh? -_-'

Seperti yang kita sedia maklum, iman manusia memang ada pasang surutnya,  ada masanya kuat dan ada masanya lemah. Tujuan pertanyaan itu untuk membuat kita berfikir apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. Adakah aktiviti menaikkan iman lebih banyak kita lakukan daripada perkara yang boleh mendestroykan iman? Atau yang berlaku adalah sebaliknya. eaaa.... 

Sauraraku... Kita cuma manusia biasa, yang imannya tidak bersifat konsisten. Cuba kita imbas sejenak, sepanjang hari ini ada berapa amal yang kita lakukan untuk mennaikkan iman? 

Rasulullah SAW pernah  bersabda: “Sesungguhnya iman dalam hati kamu akan usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya pakaian. Oleh kerana itu, mohonlah kepada Allah SWT agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu.” [HR Thabrani]

You see...?! Iman itu akan lusuh...

Tapi jangan tunggu  iman lusuh baru kita terkejar- kejar untuk refresh!. Seharusnya kita PROAKTIF minta dengan Allah agar dikonsistenkan imaN. Tidak kiralah ketika itu keadaan iman kita sedang segar dan kuat.

Mengapa kita harus proaktif? Kerana kunci kejayaan kita adalah proaktif... Setuju?! kan...

Stephen R. Covey dalam bukunya 7 Habits of Highly Effective People ada membahaskan makna kata proaktif sepanjang 14 mukasurat dan aplikasinya sepanjang 46 mukasurat. Pakcik Stephen ni sahaja sudah faham akan betapa pentingnya sikap proaktif dalam mengejar cita-cita kita. 

Tapi...

Al-Quran pula sudah mengajar sikap itu lebih 1433 tahun lalu.

“… Dan berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.”
[QS Al-Baqarah 2:148]

“…tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah melakukan kebajikan..”
[QS Al-Maidah 5:48]

“Dan bersegerah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[QS Ali Imran 3:133]

Kalau kita perhatikan, Allah perintahkan kita untuk bersikap proaktif dan jangan rasa selesa dengan tabungan  pahala yang ada. Allah kata bersegera! dan berlumba-lumba!. Ini menunjukkan keseriusan itu dituntut dalam usaha mengejar syurga-Nya. [Setuju...? Ayat Qur'an kut... Tak caya ka...? -_-']

Camna nak dapat syurgaNya? Dengan imaan la... 

Perlumbaan yang tidak disertai matlamat bukanlah perlumbaan namanya. Matlamat untuk menamatkan perlumbaan dan beroleh kemenangan dengan bergaya harus ada dalam setiap diri pelumba.  Di sinilah perlunya kretiviti kita dalam merangka strategi untuk realisasikan matlamat kita.

sooo....

Sekarang ini, kita letakkan matlamat yang sama. 

“Memperoleh iman yang tegar untuk masuk syurga yang kekal abadi”

 Jadi apa tindakan yang sepatutnya diambil? Mudah saja, kami cadangkan tiga cara yang saling terkait antara satu sama lain.


Pertama, peka dengan kondisinya.

Kedua, manjakannya dengan cinta.

Ketiga, pertahankannya dalam apa jua keadaan.

Peka dengan kondisinya

Sebagaimana seorang ibu atau ayah yang peka dengan keperluan anaknya, begitulah sepatutnya kita peka dengan tahap keimanan kita. Simptom kelemahan iman rasanya tidak perlu dibahaskan, kerana anda lebih arif tentangnya. Tapi apa kata kita ukur tahapan iman menggunakan amal sebagai indikasinya. Hari ini berapa lama masa yang diluangkan untuk baca Al-Quran?  Pagi tadi kita ada solat subuh berjemaah? Malam tadi kita ada bangun untuk qiamulail?

Sedarkah kita sesuatu amal yang kita biasa lakukan, tetapi  tiba-tiba terasa berat bahkan malas untuk laksanakannya  adalah  teguran dari Allah yang iman kita sedang memerlukan perhatian. Jadi... tidak ada cara lain... keluar dari comfort zone... PAKSA diri...!! 

Manjakannya dengan cinta.

Manjakan ia dengan memenuhi semua kehendaknya. 

Rasulullah SAW bersabda:“Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap “Laa ilaaha illallaah.”       [HR Imam Ahmad]

Ia mahu dibawa lebih dekat kepada Allah. Lazimi kalimah toyyibah dan ungkapkannya dari lubuk hati yang paling dalam, korbankan keinginan nafsu, perasaan malas dan perkara yang membuang masa. Bukankah, demi cinta kita sanggup berkorban apa sahaja, jadi mari kita berkorban untuk manjakan iman dengan melakukan amal yang dicintai Allah. 

Pertahankannya dalam apa jua keadaan.

Ujian ke atas iman itu sudah menjadi ketetapan untuk semua orang yang mempunyai iman di hatinya. 

Iman anda juga pernah teruji? Jika pernah, amcam? Lepas x..? ka gagal terlingkup? kuikuikui... Erk.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar dengan mengatakan ‘kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?” [QS Al-Ankabut 29:2]

Ujian dari Allah itu datangnya bertahap dan pelbagai versi, ada ujian dalam bentuk ketakutan, kesusahan, dan ada pula dalam bentuk nafsu dan kesenangan. Jadi, tidak kiralah apapun bentuk ujian itu, BERMUJAHADAHLAH untuk sabar dalam mempertahankan iman. 

Akhir kata,

Sekiranya saya mengatakan mujahadah ini memang pahit dan nafsu itu sebenarnya dinginkan hati. Jangan angguk plak...  genggam tangan dan tumbuk langit! (jangan tumbuk saya...)  

Katakan dengan yakin “Iman itu manis… neraka tu panas...!”

[faham tak?! tak faham... baca lagi... sampai faham.]




huhu...(T_T)

Luruskan niat... Kuatkan tekad... Selamat ber “proaktif” dalam beriman!


No comments: