Social Icons

Tuesday, 8 November 2011

Hold... hold. Jangan Berani dulu.


Satu malam yang biasa di Kolej Keris Mas, salah satu kolej kediaman pelajar UKM Bangi yang cukup terkenal dengan muatan pelajar yang ramai. satu malam yang sayu dengan genangan gerimis langit malam... terdetak di satu bilik, ada hamba Allah yang sedang gelisah.

"ish...... ya Allah..."

terpacul dari mulut Hasif, Hasif yang sedang bertiarap di atas katilnya merenyuk-renyuk bantalnya, membenamkan mukanya ke bantal berulang kali. sememangnya jelas kegelisahan yang teramat sedang membanjiri wajah polosnya.

Asyraf yang ketika itu sedang membaca Al-Quran di meja belajar melihat dan dapat merasai sesuatu yang berat sedang membebani fikiran sahabatnya.

"Ai Hasif... Pahal ni...? pellliiiik jak ko malam ni... muka ayam yang cirit-birit kapur pun ndakda macam muka ko...."

sambil senyum dan meletakkan Quran terjemahannya di meja dan memusingkan kerusinya pada Hasif.

"Asyraf... salah ka kalau aku jatuh cinta...?"

"Pergh....!!! habis la.... Bia.."

TOK TOK TOK.!! Assalamualaikum....

ayat Asyraf dipotong dengan ucapan salam lembut.

"wa alaikumsalam..." Asyraf berdiri dan membuka pintu.

Azim sahabat Asyraf yang berdiri di depan pintu itu cuma seorang lelaki berketinggian sederhana, berbaju melayu ungu berseluar hitam, berkulit cerah dengan senyum menanya.


"Asyraf...  lapang tak malam ni? malam ni ana ada buat liqo' Al-mulk di bilik 432 blok ni... kalau bekelapangan, bleh tak sudi-sudikan diri  untuk ikut sama malam ni... kita baca Al-mulk pastu ada tazkirah sket..."



"owh ya ka... uih... ok ok lau takda apa-apa malam ni insya Allah ana datang..."

"subhanallah... moga dimudahkan kedatangan antum, ajak kawan-kawan sekali ek. insya Allah majlis pasti lebih bercahaya dengan kehadiran antum..."

"err.... majlis ni start bila?"

"lagi 10 minit..."

"ok ok insya Allah ana datang... tima kaseh..."

Asyraf memang terkenal dengan sifat lembut dan ramahnya, sangat mudah untuk dirapati dan dijadikan rakan.

"Hasif aku mo pegi liqo' al-mulk Azim tadi tu. ko mo ikut ka?"

"jom-jom" sambil bangun dari katilnya, kemudian mencapai quran terjemahannya.

bilik [432]

"waah... banyaknya selipar... mesti ramai orang dalam ni..." kata Asyraf.

Hasif masih dihumban-humban dengan perasaannya. gelisah tidak henti.... Sebagai orang yang sudah mendapat banyak dedahan perihal agama menyedari perasaan yang dirasainya ketika ini bukan satu perasaan yang patut menetap di hatinya.

***
Sadaqallahul Aziem... Alhamdulillah... dengan limpah dan kuniaNya dapat kita berkumpul di malam ini untuk bersama-sama membuktikan di dalam hati kita masih ada sinar-sinar cinta pada Allah dan agamanya, di bandingkan dengan kawan-kawan kita yang lain, yang masih leka dengan DOTA, NFS, PES dan sebagainya termasuklah Angry Bird, hahaha burung yang marah pun dijadikan game.. hebat-hebat... ada yang sanggup tidur jam 4 pagi semata-mata main game DOTA, tapi untuk majlis macam ni tak nak join plak... hehe... oklah, sebenarnya akhi... terpilihnya hati-hati yang berkumpul di malam ini, semestinya bukan kehendak kita melainkan kehendak Allah semata-mata... hah, memandangkan kamu ada memegang al-quran terjemahan, cuba buka ayat ni, surah ke 13 ayat ke 28...

mata yang ada di bilik itu tertumpu pada hasif,

'eh, brader ni maksudkan aku ka?'

monolognya, dan mununjuk dirinya sambil buat muka blur...

"ha. ya kamu yang pakai baju Transformer tu..."

'la... aku ka...? pahal brader ni pointing aku... asyraf pun pegang al-quran terjemahan juga'

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram..."


"Jadi, kafilah yang dirahmati Allah sekalian, apa yang kita fahami dari ayat ini...? ayat ini jelas menunjukkan ubat untuk penyakit hati yang sering..." sahut abang itu.

Hasif terkesima dengan cara brader itu menghuraikan ayat itu sebahagian demi sebahagian, dia kaitkan dengan sirah sahabat, hadith-hadith dan ungkapan-ungkapan ulamak. kata-katanya bagai peluru yang terus menerus menembak ke hatinya dan memberi kesan yang sangat dalam.

seusai majlis tamat.

"err... Asyraf, ko balik dulu k. aku ada hal mo tanya ngan abang ni."

"eh takpa-takpa, aku ikut sekali... nanti balik sama-sama..."

"Assalamualaikum bang.."

"wa alaikumsalam warahmatullah..." 

Asyraf dan Hasif kemudiannya duduk bersila di sisi abang itu.

"bang, tanya sikit bleh?"

"nak tanya apa? lau mampu insya Allah abang jawab, lau tak dapat bleh bagi nombor henfon pada abang, nanti abang tolong carikan jawapan."

belum sempat Hasif menanya, Asyraf terlebih dahulu bersuara

"bang, kawan saya ni tengah jatuh cinta... sampai hancur bantal dia tumbuk, dia mo tanya bha ni macam mana ko bekapel cara islamik... ahahaha'"

dush!!

"woi... sembarangan jak ko ni."

Asyraf tunduk dan menyapu-nyapu kepalanya yang diketuk ringan oleh Hasif.

"hehehe... adik bedua ni orang sabah ka?"

"eh, abang pun pandai cakap sabah...?"

"hahaha... bleh la sket-sket, ramai kawan sabahan... dah-dah, balik pada musykilah tadi... apa yang kmu nak tanya tadi?"

suasana suspen dan sunyi seketika, gerimis malam itu tiba-tiba reda, tinggal bunyi titisan air dari atap ke lantai simen aras tanah.

"Bang... macam mana mo buat ya, ada corsemate saya tunjuk signal-signal mo mengurat saya ni... saya tahu kapel tu haram, tapi... ah..."

mata Asyraf membesar, abang yang tadi tu terbatuk dan ketawa.

"uhuk uhuk, hahaha...." 

melihatkan muka Hasif yang serius, abang itu pun bersuara...

"salah kamu juga...."

"eh salah saya pulak? napa?"

"sebenarnya... kamu pun ada hati pada dia kan... kamu rasa sangat-sangat serba salah... tak tenang, bila tahu dia pun ada perasaan pada kamu, kamu gembira... tapi tersepit dengan tanggungjawab kamu sebagai muslim, yang tahu hubungan hati sesama bukan muhrim itu tidak boleh tanpa beralaskan akad nikah yang sah..."

Hasif tunduk, kata-kata abang itu ada betulnya seperti yang dia rasai.

"Hehe nak tahu? abang pun macam tu gak dulu... abang dah cukup serik dah sebenarnya, dalam satu institusi pendidikan yang abang pergi semenjak dari sekolah menengah minimum pasti ada sorang wanita akan menangis sebab abang..."

"huh... biar betul abang ni? macam ada bau-bau takbur jak di sini ni... huhuhu..." Asyraf membesarkan matanya sekali lagi.

"hahaha... bukan takbur, cuma abang rasa benda ni bleh dijadikan contoh. dulu, pernah sekali abang difitnah punca sorang budak pompuan cuti sakit 2 minggu. kawan-kawan dia kata abang dapat girlfrend baru dan terus clash ngan dia, tak hiraukan dia, dan macam-macam lagi sampai dia demam teruk dan terpaksa cuti sakit. padahal abang jumpa dia baru dua kali, tu pun time tu abang jadi mentor dia untuk subjek math. masa jadi mentor tu pun dah heboh dah cerita abang kapel ngan dia... satu sekolah bising abang kapel ngan dia, padahal tak pun. Dia hebohkan satu sekolah abang pernah mengorat dia la, couple la ngan dia. macam-macam lagi... subhanallah... Allah saja tau perasaan abang time tu..."

Hasif mulai minat dengan cerita abang itu. 

"tapi, terus terang... budak tu pun cantek gak... hahaha... tapi bagi abang, Allah sedang testing level ketahanan abang... so abang hold dulu... memang begitu pilihannya, lau dah tak nak hold, langgar la... tapi abang lebih memilih untuk hold dulu... "

"Hasif, tengok brader ni... pompuan sampai jatuh sakit sebab dia... steady jak pun, ko tu baru orang signal sikit terus begegar hahaha..." ujar Asyraf, Hasif menjeling tajam padanya dengan pandangan marah.

"nama kamu Hasif ya... hmmm, Hasif... yang dikatakan hati wanita itu saaaangat halus dan saaaangat mudah tersentuh, memang sudah dijadikan hati mereka itu sangat-sangat fragile... mo buat macam mana. cuma kadang-kadang  fragilenya tu tak bertempat. kebanyakkan kita buat baik sikit pada dia pun dia bleh jatuh hati ngan kita, ada yang kita senyum sket, dia kata plak kita syok kat dia... wanita ni, sangat tidak memandang pada rupa, ada tu kalau dia merasa lelaki yang mngorat dia mengambil berat akan dirinya, berasa selamat bila berada disisinya itu pun dah cukup... cuma masalahnya, ada segelintir tu senang plak jatuh hati ngan lelaki soleh yang muka becahaya-cahaya macam kamu... huhuhu..."

"eh, apala abang ni... jadi... apa patut saya buat bang? hati saya ndak tenteram la..."

"hahaha... pegi ambil quran... baca, habiskan 1 juzuk. insya Allah tenang la tu, tazkirah tadikan abang ada terangkan pasal hati yang tak tenteram..."


"Assalamualaikum.... Akhi, jam brape nak gerak nie?" tiba-tiba Azim masuk ke bilik.

"wa alaikumslam... Allahuakbar.... afwan akhi ana lupa.... jap-jap..." sahut Abang itu...

"minta maaf Hasif, camni. mintak no. kamu, nanti kita halu-halu k..."

"abang mo pi mana? bukan student sini ka?"

"eh, bukan, abang bukan student sini... abang dari UPM... biasa la... power ranger memang camni, sibuk selamatkan orang sana-sini... hahaha... ok brother, abang chau dulu... apa-apahal nanti kontek abang k... Assalamualaikum.." sebelum abang itu keluar, mulutnya sempat singgah dekat di telinga Hasif, membisik sesuatu...

"eh Hasif, apa abang tu bisik tadi... share la..." kata asyraf.

"adala... sudah.. jom kita balik..." muka Hasif agak serius, seperti memikirkan sesuatu.

***
malam itu Hasif betul-betul menghabiskan 1 juzuk bacaan quran, alhamdulillah hatinya mulai tenang dan lapang... sebelum tidur... dia terbayang-bayang bisikan abang tadi...

tika sedang nyenyak tidur... henponnya berbunyi. jarang sekali henponnya berbunyi pada jam-jam begitu.

"Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah...
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]
- ayuh segarkan iman dengan tahajud kita akhi, bersama kita bajai iman dengan bangkai dunia yang dibunuh. jangan disebabkan fikirkan masalah wanita, cinta pada Allah kian pudar.
-Yusuf(abang liqo' al-mulk tadi)"

'owh... abang yang tadi ka...'

Hasif kemudiannya meringankan badannya melangkah ke tandas, berwudhuk dengan tenang. Tahajudnya pada malam itu menjadi indah dengan linangan air mata merayu pada Allah agar dipelihara hatinya untuk terus bertahan dari godaan syaitan.

"Ya Allah... peliharalah cintaku padaMu..."

di telinganya terngiang-ngiang bisikan Yusuf tadi.

"Hasif, lelaki yang baik,

takkan berani sentuh wanita...
tapi lelaki yang lebih baik,

takkan berani sentuh hati wanita..."


InsyaALLAH bang, saya tidak mahu berani dulu... hold...

10 comments:

Mohd Adhwa said...

karya yg sgt menarik! :D
terkesan dgn ayat terakhir..

lelaki yg baik,
takkan berani sentuh wanita..
tapi lelaki yang lebih baik,
takkan berani sentuh hati wanita.. :D

idris said...

sekadar cetusan hati Adhwa... syukran sudi baca... moga bmanfaat ya..

x menarik pun... cuma Allah cover kelemahannya... hee...

syukran skali lagi sbb sudi singgah...(^_^)

sham said...

alhamdulilah akhi,, rasa nya post ne amat bermanfaat buat diri ne jg,, ma kasih bnyak2,, kdang2 manusia itu cpat lupa, dengan peringatan cm ne la mengingtkan jita semula,, ,, <3

nama akhi tue cm knal laa,

idris said...

alhmdulillah... moga bmanfaat utk kita bsama akhi... mksud ntm akhi yg mana? huhu...

faizulosman said...

cerpen ko mmg best... pndai ko buat... aq tak de idea nk wat karangan sendiri... ap yg aq tulis hanya pengalaman yg tlh aq lalui je...

aq suke cerpen ko..

idris said...

ko suka...? kali ni xda watak en. faizul pn.. huhu. maaf, don' take heart k.. hehe, menulis untuk mnyampaikan saja faizul... saja ajak ko baca skali. bmanfaat utk kita bsama...(^_^)

Haslina said...

Cerita dia santai tapi isi dia masuk. Walaupun sudah biasa dgr kisah kekusutan jatuh hati macam ni, tapi pendekatan disini tersangatlah simple tapi padat. Terus ke main point.

Teruskan.

Qoute bisikan brother yusuf tu mantap. Saya copy.

idris (abu_uaasis) said...

sila, xda larangan utk itu. sebarkanla demi kebaikan. doakn saja tulisan ini ikhlas utk Allah dan tersebar demi Allah.

Megat Al-Imran said...

subhanallah...
wah... smart2!!
hehe hebat betul antum ni kan....
simple tapi berbekas~
teruskan akh! ana menunggu karya seterusnya! ^_^

idris bin hasyin said...

Masya Allah... ana x hebat akh. ntm la hebat... ada ayat2 cinta lg... huhuhu... mhon doakn ia dkira pahala akhi...(^_^)