Social Icons

Thursday 30 June 2011

hati yang di isra'kan

hmmm... No. 17. ah, ni dia...

ana menaiki bas "Tung Ma" bas express yang terkenal untuk pengangkutan ke Keningau dari Kota kinabalu. ana pun duduklah...

ana duduk dengan senyum ke arah seorang pemuda yang duduk bersebelahan ana. kerusi dia no.18.

nampak mcam peramah jak abang sebelah aku ni... huhu try2!

"abang asal sini ka? mau pigi keningau...?"

"ya... mo pigi keningau. bukan, saya asal sarawak. sekarang menatap di Nabawan... Jadi cikgu pendidikan khas..."

hwa... peramah dia ni... bleh gak cerita-cerita sepanjang perjalanan ni. hehe, ana memang orang bilang muka tembok, kalah tembok china... suka bercerita walaupun orang itu baru dikenali...

sesi ta'ruf kami bepanjangan... sehinggalah sampai keluar dari mulut brader ni... " mo buat macam mana? awek saya kerja di sini... jadi hampir tiap-tiap minggu jugala saya kena pigi KK ni, kadang-kadang tu naik motor sendiri saaampai ke KK..."

"PERGH... BIAR BETUL BANG!"

brader tu tersenyum lebar, ana sure takkan lupa senyumannya... satu senyuman yang bagi ana... bangga yang sungguh tidak patut..


pergh...! subhanallah...! gila abg ni...!

saudara sekalian, mungkin anda tidak akan terkejut seperti mana ana rasakan... untuk pengetahuan anda... perjalanan menaiki bas dari K.K ke keningau selama 2 jam 30 minit,

dari keningau ke nabawan memakan masa juga lebih 2 jam 30 minit . total masa perjalanan 5 jam lebih... untuk perjalanan pergi dan balik, total masa lebih 10 jam!

saudara, perjalanan ke keningau memang terkenal kerana ke"bahaya"annya...

(tanya la semua driver teksi dan bas di sini, sure dorang akan cerita sambil geleng2 kepala. kompom!)

dengan naik turun bukit, berkabus tebal dan bukitnya pacak meninggi, ~seram wo...

ana tidak habis fikir... sanggupnyaaaa dia bsusah payah sampai macam ni sekali... naik motor lagi tu... hish..  semata-mata untuk dating ngan awek dia untuk 1 hingga 2 jam... ~ ni barula yang dikatakan demimu, lautan api sanggup ku renangi...

~beginila semangat pemuda. gila-gila remaja la katakan...

pembaca yang dihormati, inilah sebab mengapa pemuda-pemuda palestin dibunuh di tanah mereka sendiri... yahudi-yahudi cukup takut dengan mereka... kerana apa?  

kerana semangat pemuda yang membara di hati mereka. pemuda akan melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat di hati. mereka akan memperjuangkan apa yang mereka rasa terbaik untuk mereka tidak kira apapun.


mudah-mudahan saja abang tu kawin ngan awek dia, silap-silap 'break' nanti kalau bukan jodoh... ndakka penig kepala...huhu

***
sebetulnya kisah tadi sangat penting untuk diambil pengajaran bagi golongan yang hari ini memikul panji-panji Allah di bahu mereka.

semangat kesedian untuk berkorban bila-bila masa! sekiranya pemuda-pemuda lain berkorban sebegini besar untuk bedating untuk lebih 1 jam, kita bersedia untuk mengorbankan lebih banyak lagi. masa?, duit?, tenaga? sbutkan apa saja, sentiasa ada disediakan untuk datang program dakwah walaupun program itu kurang dari 1 jam.

hati yang kurang mahu.

ya... di sini masalahnya, kelemahan "mahu" di hati. ana teringat 1 sirah sahabat, Bara' bin Malik yang terkenal dengan semboyannya "Allah dan Syurga".

Bara' bin Malik adalah saudara perawi hadith termasyhur yakni Anas bin Malik. Bara' bin Malik sangat terkenal dengan kemahuannya untuk syahid. sehinggakan khalifah Umar Al-khattab memesan untuk tidak melantiknya dia untuk menjadi panglima, kerana dia tahu Bara' hanya mengejar syahid.

peperangan-demi peperangan berlalu, namun Bara' masih belum berjumpa dengan 'rindunya'. di perang Yamamah, ketika semangat tentera islam semakin reda kerana merasa sudah menang, Bara' tahu, hal itu merbahaya dan tidak boleh dibiarkan, lalu teriak la dia

" Wahai saudara-saudaraku, angkat dan lemparkan aku ke kebun!"

dalam fikiran Bara', " sure kali ni aku syahid, inilah gambaran terbaik untuk pengakhiranku, bila aku dilemparkan ke kebun, aku akan membuka pintu gerbang.
 pada masa yang sama, pedang-pedang musuh akan mencincang tubuhku. Saat itulah pintu syurga akan terbuka untuk menyambut tamu baru dan mulia"

Bara' rupanya tidak menuggu dilempar, dia memanjat dinding dan melompat ke dalam taman, lalu membuka pintu dan tentera islam berhamburan masuk... ternyata, si perindu syahid belum bertemu rezekinya. dia masih hidup dengan lebih 80 luka pedang dan perlu dirawat 30 hari.

siri peperangan berterusan... di perang Tustur, di sinilah Bara' merayakan kemenangannya... di antara deretan para syuhada, wajah Bara' tersenym merekah bak sinar pagi.

***
subhanallah... saudara-saudaraku. hebatnya tarbiyah dari sang murabbi agung Nabi Muhammad SAW. keperibadian sahabat-sahabat terbentuk kemas. beginilah Allah mengisra'kan hati mereka.

kita?

meluangkan sedikit masa untuk agama Allah sahaja sudah  mendabik dada dengan bangga. seharusnya kita ingat, itu belum tentu menjamin kita menduduki syurganya nanti.

wahai hati, dengarla seruan ini. lembutkanlah dirimu merelakan segala-galanya untuk Allah, janganla biarkan dunia ini menjadi takhtamu.

riakkan dirimu, riakkan dikalangan malaikat-malaikat yang menyebut-nyebut namamu di depan Allah kerana ikhlas berbuat. riakkan dirimu, riakkan dikalangan ikan-ikan di laut dan tumbuh-tumbuhan yang mendoakan pengampunan bagimu sepanjang kau berbuat.

kejarlah kepayahan, kerana kepayahan itu sunnah dakwah. serahkan dirimu hati. serahkan kepada dakwah. perlahan-lahan kau akan di isra'kan kepada Allah.

***

lihatla Bara', kemahuannya begitu meninggi mengejar syahid. seandainya ana sendiri bersemangat dan berkemahuan kuat menebarkan islam di muka bumi,

insyaALLAH pasti daulah islam akan kembali. namun fizikal ana tidak kuat, dengan kelemahan yang menggunung hanya mampu berdakwah dengan selemah-lemah cara. tapi itu tidak menjadi penghalang...

kerana ana ada kalian...

Ayuh! bantu agamaNya!




untuk sebarang keraguan atas sumber :
Al-Quran : [2:214] , [47:7]
Buku : -60 Sirah Sahabat Rasulullah SAW
           -Begini Jalan Dakwah mengajar kami
Manusia : Ana sendiri huhu...

Tuesday 28 June 2011

Daurah KKP ~ BBB

"Mantap jo...!"


inilah tagline yang disebut-sebut ikhwah disepanjang daurah kali ni... alhmdulillah daurah yang bertermpat di UMS sepanjang 24-26 Jun 2011 berjalan dengan lancar dan cukup memuaskan para peserta... program ini dihadiri ikhwah dari Johor, Terengganu, Perak, Sarawak dan Sabah (Kota Kinabalu,Tawau, Tebobon, Keningau, Ranau, dll).

Durah Kem Kebangkitan Pemuda sangat besesuaian dengan kondisi ikhwah-ikhwah yang sedang bercuti masa kini, masing-masing datang dengan membawa harapan untuk recover diri dari virus cuti yang merbahaya...

sesi ta'ruf dikendalikan oleh akhi rusdi, seorang ikhwah yang dikenali dengan senyuman dan kata-katanya. sesi ta'ruf kali ini bagi ana sangat berlainan, disuruh buat pentomin (berlakon tanpa suara)

ia berdasarkan perkataan yang pernah menjadi kenangan terindah... diakui si sini keluarnya gaya-gaya dan seni ikhwah yang LUAR BIASA... walaupun perkataan-perktaan dipilih pelik tahap naga, tapi masih dapat disambungkan menjadi sebuah cerita... (mantap ikhwah-ikhwah sabah ni...)

esoknya bermula dengan khalwat beramai-ramai...! hehe, sudah menjadi rutin dan mutabaah bagi ikhwah untuk memulakan harinya dengan bertahajud dan berkhalwat dengan Allah, setelah solat subuh dan mathurat, aktiviti pagi mula. aktiviti fizikal pagi benar-benar menguji kreativiti dan tenaga peserta,

seorang ikhwah akan bergilir-gilir diangkat oleh ahli kumpulan masing-masing... dan aktiviti kali ini dimenangi oleh kumpulan "Mantap Jo...!", tidak tamat di situ, disambung dengan game Belalang Belatuk, aktiviti lari-lari, tangkap-tangkap dan tarik-tarik... hehe...

Pengisian pagi diberikan oleh al-akh yang bukan makhluk asing lagi dikalangan ikhwah, al-akhi zikri, pengisian pagi hanya sebagai mukadimah untuk 2 lagi sesi pengisian sepanjang hari itu, namun lantunan kata-kata penuh ilmiah memberikan perspektif pengisian-pengisian berikutnya paaasti hebat!

aktiviti seterusnya adalah Bedah Buku, Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan, aktiviti ini sangat menarik. ikhwah diminta untuk membaca bahagian-bahagian tertentu dan diminta untuk membentangkannya.... ia dapat  melatih skil-skil ucapan umum disamping top-up tsaqofah ilmu...! tahniah unuk kumpulan Santai yang memperoleh 89 markah dan memenangkan diri dlam aktiviti ini... huhu...


Pengisian ke-2 bertajuk halangan internal dan external yang akan dihadapi di ipt nanti. ikhwah disaji dengan poin-poin penting dan menarik untuk membuka mata peserta akan apa yang bakal dihadapi, ini semestinya perkara yang baru kepada para peserta dan diri ana sendiri.


sebelah petang seusai berzikir mathurat beramai-ramai, kami semua dibawa ke tempat latihan rahsia ikhwah ums, (cantek ow...) di situ kepakaran terpendam diuji sekali lagi... adeh.... kena suru belakon lagi... huhu malu malu malu...



inilah yang dipanggil sebagai pengajaran teori secara praktikal, aktiviti ini akh rusdi bilang "Daie Junior" cheeeh... ala-ala petandingan akhir Mentor...

setiap kumpulan diagihkan dengan mentor-mentor yang hebat. untuk kumpulan Doktor, Akh Anip. Kumpulan Engineer, Akh Adib dan untuk kumpulan Bisnesman, akh Mail. aktiviti ini meminta peserta dan mentor melakonkan cara berdakwah mengikut kerjaya masing-masing... huhu... ~ Tunjuk ajar ku sifu!

malam 25 jun itu, diisi dengan pengisian akh Zikri, dipanggil sesi sharing... akh Zikri menceritakan pengalaman dakwahnya dari mulanya di KMPK sehinggalah sekarang. cerita-ceritanya best, dan secara tidak langsung memberi kefahaman tentang dakwah pada diri kami, sekaligus membakar semangat peserta...!


malam pun berlalu... dan hari terakhir daurah sudah bermula... setelah membaca mathurat beramai-ramai, sesi tazkirah subuh oleh akh Haziq dari KTT. Tazkirah mengenai 'kebebasan'... tazkirah itu diselitkan dengan perkataan-perkataan canggih! seperti oksigen, hidung , trachea, bronchus, "antibiotik" dan banyak lagi... he... memang bakal doktor la orang bilang... tapi bukan itu poin utamanya, ia mengenai tarbiyah peribadi... satu ilmu yang cukup penting bagi para daie.

sesi evaluasi... inilah sesi dalam aktiviti ikhwah-ikhwah paling ana rasa paling ndak best, sesi yang menunjukkan akhirnya program, sesi yang menunjukkan masa untuk mengucapkan selamat tinggal ngan ikhwah-ikhwah... adapun begitu ia amat penting untuk program-program akan datang untuk penambahbaikan.

peserta mula meninggalkan masjid UMS pada pukul 9.00 pagi untuk bertolak ke kampung halaman masing-masing. dengan berbekal senjata-senjata baru yang didapati sepanjang daurah ini... ancaman virus cuti insyaAllah pasti dapat disetelkan...

sekian.



Ya Allah kurniakanlah hati-hati ini kecintaan yang meninggi kepadaMU, rasulMU dan dakwahMU...


~akh, semoga pengorbanan kalian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diterima Allah dan   dibalas dengan sebanyak-banyaknya.

~salam cinta dari Bumi Bawah Bayu. Keningau.

Sunday 19 June 2011

Indahnya dia...

"aduhhh... Ya Allah apala bala yang Kau bagi pada aku ni..."

"uissyy... beratnya benda ni... macam mana mo setelkan ni..."

"Alamak... mcam mana ni... dah hilang keja.. pa aku nak bagi anak bini aku makan...?"

Allah... result aku... rendah mcam ni..."

huhu... koleksi keluhan kita... kalau kita fikir2kan agak-agak kalau dihimpunkan semua keluh resah kita di satu tempat... silap-silap bleh ganti arkib negara kan... haha, ni la kita, semestinya diri ana sendiri sebagai al insan, juga manusia yang berasal dari 'naswiya' yang bermaksud 'lupa'... kita sering terlupa yang kita hanya pelakon pentas.

tapi bukan pentas yang glamour la... hanya pelakon di pentas dunia yang masing-masing mempunyai watak yang harus dihayati... cuma... sebenarnya Siapa pengarahnya...? Siapa yang atur perjalanan plot dan sequel watak kita...? jap2. jawab nanti...

(elleh anda da tahu jwapannya~ buat2 ndak tau jak la dlu ya.. bg can la org celoteh sikit...)
                                                                           ***

ingat ka lagi bila mana kita masih setitis air mani...? (sure x ingat...he..)
saudaraku yang dikasihi sekalian. bila mana rahim menerima kehadiran sang mani, maka malaikat akan mengambilnya di tapak tangannya dan bertanya pada Tuhannya...

"Ya Allah, mahu dijadikan ka atau dimatikan.?" sekiranya Allah memerintahkan untuk mematikannya, maka air mani itu akan dicampakkan ke rahim yang berdarah dan tidak bernyawa. tapi, bila Allah menjawab

"Jadikanlah.." barula malaikat akan bertanya lagi... "Jadikan dia lelaki ka perempuan? berbahagiakah orangnya atau celaka? bagaimana rezekinya? berapa lama usianya? dan di bumi manakah tempat kematiannya? maka barulah Allah menjawab.

: "Pergilah kepada Umm al-kitab(Luh al-Mahfuz). segala-galanya itu ada di sana." kemudian pergilah malaikat menyalin segala-gala untuknya...

                                                                           ***
Pembaca yang budiman, semestinya ana sendiri perlu sedar bahawa tiap-tiap yang berlaku pada diri ini sendiri sudah ditentukan... bah kan sudah tersedia sebelum wujudnya kedua ibu bapa kita... hari ini hidup anda bahagia, anda mempunyai rakan-rakan, hp yang canggih manggih (touch screen depan belakang), account fb, my space, twitter, skype dan segala-galanya... termasuklah masa ini yang sedang anda korbankan untuk membaca blog buruk ini. semuanya telah ditentukan Allah dari duuuuulu lagi.

begitu juga dengan segala masalah kita. masalah duit kita? result yang x seberapa cemerlang? kurang itu ini? kena marah itu ini? gaduh nagn kawan? dan macam-macam lagi. semuanya semestinya dari Allah... saudara sekalian, semestinya kita sedar setiap manusia itu diuji mengikut kesanggupannya, jika kita lihat saudara-saudara islam di Chechen, Palestin, Iraq, Syria, Bosnia, Afghanistan. ujian mereka jauh diberatkan dengan suasana yang amat menakutkan, tidur malam yang tidak tenang menuggu bom jatuh dari bumbung rumah, anak kecil tidak boleh bermain sesuka hati ketakutan mendengar bunyi bom dan das-das tembakan, keluarga yang kehilangan rumah, kekurangan makanan untuk mgalas perut dan bila mendapat peluang makan, belum tentu esok akan ada lagi makanan untuk dijamah...

bandingkan dengan masalah kita yang tidak seberapa. tahun ini juga dikejutkan dengan tsunami di jepun, rakyat-rakyat di sana kehilangan rumah, dan sumber pendapatan tidak terkecuali. bahkan effectnya melanda ekonomi negara, makan-makanannya yang di eksport ke negara luar ditolak kerana bimbang dengan radiasi. habis cacat bisnes export dorang.

~(adehh panjangnya artikel ni bila la mo abis...?) (^_^) rilek2... c kit lagi.

saudara-saudara sekalian, ketahuilah. banyak sebab mengapa Allah mengatur hidup hambaNya dengan pelbagai masalah.

1) untuk menunjukkan bahawa Allah kasih dan cinta pada hambaNya, Dia tidak mahu hambanya terus hanyut dengan ombak dunia tanpa mengingatiNya. Kembalilah mengingatinya...

2) Allah ingin menyucikan diri kita dari segala kotoran-kotoran dosa, mudah-mudahan segala dugaan itu ditukarkan dengan penebusan dosa.

3) semestinya Allah ingin mengangkat darjat hambaNya, setiap dari kita diletakkan darjat di sisi Allah dengan darjat-darjat tertentu. Allah akan terus menguji hambaNya sampai ia sampai ke darjat yang sepatutnya. semakin banyak dugaan mendatang, semakin tinggilah darjat kita di sisiNya...
huhu bedoalah banyak-banyak supaya makin banyak ujian yang datang... hehe...

dan bila sebesar manapun dugaan mendatang, janganla terlalu sedih... Allah sama sekali tidak zalim pada kita. ingat-ingatla artikel ni... kesian anda penat membaca, praktikkanla... mudah-mudahan Allah sentiasa mengurniakan indah kesabaran bersama anda melalui semua ujianNya. nikmatilah semua dugaan, kerana tidakla ia datang selain menjadi ujian dan membawa keindahan hikmah... 

~semua dugaan itu pasti indah, kerana ia datang dari Yang Maha Indah...~

 untuk sebarang keraguan atas sumber :
1)Al Quran. [2:156, 2:216, 2:286, 4:40]
2)Hadith Riwayat Ibn Mas'ud (m/s 130) : HADITH 40 (terjemahan dan syarahnya) Mustafa 'abd. Rahman.

Friday 17 June 2011

huhu... Akh, i love u.

wei! apa ni akhi....? smalam buat ceramah bukan main hebat...! tadi baru ja ana nampak ntm lepak ngan pompuan di cc... ni entah sda solat asar ka belum lagi ni...?!
Haziq cuma menundukkan kepalanya ditengking khalayak ramai oleh Syam.
"akh... sebenarnya..." 
"aaahhh! dah la ntm... piiirah... pandai ckap orang, lain kali cermin dulu diri sebelum buat ceramah...! ana ingat lg. dulu ntm baaanyak bom ana bab2 pergaulan lelaki dan pmpuan! ntm ndak malu ka! ntm ndak fikir ka semua tu...! jangan ingat ntm tu baik sangat! sedar la diri tu sikit wei!" Haziq cuma mampu menghembus nafas panjang mendengar kata-kata Syam, mukanya terasa suam kemerahan menahan malu ditengking di khalayak ramai.. tanpa bicara panjang, Haziq mengangkat kakinya meninggalkan Syam...
                                                                           ***
seusai haziq solat asar, zikir mathurat mula menjadi pendamping pmbasah lidahnya...dengan perasaan yang saaangat berat dipaksa juga utk berzikir pada Allah... perlahan-lahan hatinya terubat...
"assalamualaikum, lambat solat asar ari ni akhi...? ikhwah da ready gerak pi riadah ni... jom..."
 akhi mus menyapanya, suara yang mampu melembutkan hati dengan intonasi memujuk membuatkan semua ikhwah berasa senang dengannya...
"walaikumsalam... akhi..." haziq yang tdak dapat menahan kesedihannya lagi terus memeluk ikhwahnya itu... 
"kenapa ni akh..."
"...isk3.." tidak semena-mena air mata membanjiri pipi haziq. " ndakda apa-apa akh, ana rindu ngan ntm..."
"ish... budak ni, jatuh la standard ana lau camni... silap-silap kita kena label gay nanti... he..ndakpa lau kena bilang gay pun ngan ntm jga... ana ok jak...."
"wui...! ntm ni..." haziq mencelah dengan muka menyampah manja.
begitulah akh mus, sentiasa ingin mengubati mood ikhwah-ikhwahnya...
"akh, ana rasa macam ndak mau riadah la petang ni..." mus mengambil peluang mengorek masalah haziq, dia dapat lihat dari raut wajahnya yang masam.
~" MUS! JOM RIAAADAH...! " akh zuber teriak memanggilnya dari luar masjid.
"astaghfirullah... budak ni, Weeeii...! NI MASJID LA... MANA BLEH TERIAK SUKA-SUKA ATIIII..! ...eh...."
Mus menahan malu sambil senyum-senyum kambing mnanggukkan kepala kepada pelajar-pelajar di situ...
"apala ntm ni akh..." senyuman mula terukir di wajah manis akh haziq.
"oh ya... macam mana ngan masalah ari tu...? Ain da ok...?" tanya mus.
haziq menghela nafas panjang... "alhmdulillah, masalah tu da setel... Ain sudah boleh menerima kenyataan. ana sudah minta dia berterus terang dengan sahabat-sahabat lain, gambar-gambar syam pun dia dah serahkan pada ana..."
 "alhamdulillah... ana ingatkan masalah ni ndakkan setel sampai bila-bila... betul la Allah akan menunjukkan jalan penyelesaian pada hamba-hambaNya yang ikhlas...[29:69], mudah-mudahan akh syam dilindungi dari segala fitnah..." haziq mengambil sampul berwarna kuning dari poketnya yang dilipat kemas dan menyerahkan kepada mus.
"jazakallah khairan akhi, moga Allah membalas jasa ntm sebaiknya... masalah syam kan dah setel, napa ntm nmpak mcam ayam berak kapur jak tadi..."
sudah lumrahnya, haziq tidak mahu masalahnya memberatkan ikhwah-ikhwah yang lain. dia menyimpan perkara sedih untuk dirinya sendiri, dan perkara gembira untuk semua orang. itulah prinsipnya dari sekolah rendah lagi.

"ndakda la manada ana sedih... jom turun riadah, ana p tukar baju dulu... jumpa d padang k..."
"okla okla... ndakmau bagitau ana a... ndakpala yang pnting ntm happy..."
                                                                        
                                                                                 ***

                                                                     
~Allahuakbar Allahuakbar..... Allahuakbar Allahuakbar..... 
azan maghrib mulai berkumandang memecahkan keheningan senja hari itu. Pelajar berduyun-duyun bergerak ke masjid seperti semut yang keluar dari lubang masing-masing (cuma bezanya dorang ndak berbaris la..) "assalamualaikumwarahmatullah....assalamualaikumwarahmatullah...." ...subhanallah walhamdulillah walailahaillallahwallahuakbar... keindahan zikir puji-pujian kepada Rabbilalamin mula beralun... walaupun ada ramai orang mengatakan amalan berzikir beramai-ramai itu bid'ah, bagi orang-orang yang sangat mendambakan pahala dan redhaNya tetap mngamalkannya. lagi pula tidak ada salahnya...
                                                                        
                                                                           ***

setelah solat sunat ba'diah maghrib, mesej mula mengetuk hp nokia 3310 milik Syam, datang dari orang yang tidak dikenali 
"assalamualaikum, maafkan saya syam. saya tahu kamu sudah berubah kepada yang lebih baik, gambar-gambar kamu pun sudah saya deleat yg ada, sy serahkan pada haziq... dia sudah terangkan segalanya pada saya. kamu tidak bersalah,saya sudah terangkan pada kwan2 len. semoga Allah sentiasa bersama org2 yg sbar. sy xkan kacau kmu lg. doakan jga utk sy mndpat hidayah sperti kmu -ain."

~astaghfirullahalazim... ya Allah apa yang telah aku buat ni, dia ikhwahku... mengapa aku lakukannya seperti ini. air mata mula terpancar, berkaca-kaca mata syam, dia membersihkan namaku tapi aku malukannya di depan orang... Allahuakbar... apa aku dah buat ni... - syam sesal yang teramat sangat.

                                                                           ***
waktu rehat, masa inilah yang ditunggu ikhwah-ikhwah untuk menunaikan solat sunat dhuha. sudah menjadi kelaziman untuk melengkapkan mutabaah mereka.
"haziq... aaa.... aaa..afwan akhi..." 
"huh..!" haziq saja-saja buat muka blur...
"ana da tau... mus pun da bagi gambar-gambar ana dari ain, ana besalah akh... ana ndak selidik pun apa-apa. bila ana nampak ntm duduk berdua ngan ain, darah ana bgelegak..."
haziq tersenyum.. "akh, apa yang berlalu biarkan la berlalu... ana da lupakan da pun... ana cintakan ntm kerana Allah, atas dasar ikatan yang terlalu kuat ini membuatkan hal-hal sekecil ini tidak mampu mencalarkan ukhwah kita. lagipun ana sibuk dengan urusan dakwah yang lain, sampai ndak sempat fikir benda ni... lagipun ntm saudara ana, ana ndak sanggup melihat maruah ntm dipijak-pijak.... hehe, tpkan lbih afdalnya lau ntm belanja ana mkan... huhu."
"llaaaaaagi afdal lau blanja ikhwah-ikhwah lain sekali haha..." mus mnyapuk, dan ditemani ikhwah-ikhwah lain...
"tapikan akh, gambar yang ntm suap mkanan p mulut ain tu cntik gak la..." ujar zuber...
"aaaaahhh...." celah haziq, zuber terus berlari dikejar haziq... "aaannnaaa maaiiiin-maaaiiinn saajaaa, aaafwaaan...! da la tu jangan kejar lg, penaaat ni..." teriak zuber, tp haziq tidak endahkan dan terus mengejarnya sambil tersenyum.
mata syam mula berkaca-kaca..." Ya Allah, indahnya sahabat-sahabat yang Kau hantarkan kepadaku... ini semua ujianMu, biarla lain kali aku lagi bersusah payah untuk mereka ini Ya Allah..."
begitulah suasana ikhwah di sana, adapun masalah sebesar gunung pasti dapat diselesaikan, walaupun bilangan mereka sedikit... tapi kecintaan satu sama lain mereka mampu membenamkan masalah setinggi gunung kinabalu... 
"truuuuuut truuut." hp haziq berbunyi, 
"one message recieved !" 
"open...."

"huhu... akh, i love u. lillahitaala"




Wednesday 15 June 2011

3D UAASIS

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

alhmdulillah... setelah sekian lama ditunggu, kelahirannya pun ditemu. Dari Dalam Diri UAASIS, adapun blog ini semestinya bukanlah satu blog yang menarik, tapi ini adalah sebagai sarana untuk bekalan ana bila menghadap Allah SWT bila dipanggil nanti, mudah-mudahan bila ditanya, akan ada secebis alasan pelindung diri dari diri yang hina ini.




"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu[580], dan supaya mereka bertakwa.
[580]. Alasan mereka itu ialah bahwa mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

                                                                                                                                             [7:164]



  untuk pengetahuan semua, blog Ukhwah Anak-anak Sayang Islam (uaasis) adalah rentetan dari usaha dakwah Usrah Anak-Anak Sayang Islam (usrah = keluarga), usaha uaasis di peringkat sekolah menengah telah di gandingkan ke bahu-bahu 9 orang kesemuanya, walaupun ketika ini kesemua ahli penggeraknya tidak berada di medan yang sama, tapi insyaAllah masih tegar memikul panji-panji Allah walau di mana mereka berada. mudah-mudahan blog ini akan terus berlayar di lautan dakwah, semestinya unuk mendidik diri ana sendiri mengenai kefahaman dalam dakwah yang serba cetek dan membina rangka ketakwaan dalam hati. untuk bersama-sama mereka yang ikhlas membantu agamaNya dalam usaha mengembalikan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat... ~ jangan memandang rendah usaha-usaha yang kecil, kerana gunung yang gah berdiri itu juga berasal dari batu-batu yang kecil... nantikan post yang pertama, "Huhu... akh, i love you..."