Social Icons

Tuesday, 28 June 2011

Daurah KKP ~ BBB

"Mantap jo...!"


inilah tagline yang disebut-sebut ikhwah disepanjang daurah kali ni... alhmdulillah daurah yang bertermpat di UMS sepanjang 24-26 Jun 2011 berjalan dengan lancar dan cukup memuaskan para peserta... program ini dihadiri ikhwah dari Johor, Terengganu, Perak, Sarawak dan Sabah (Kota Kinabalu,Tawau, Tebobon, Keningau, Ranau, dll).

Durah Kem Kebangkitan Pemuda sangat besesuaian dengan kondisi ikhwah-ikhwah yang sedang bercuti masa kini, masing-masing datang dengan membawa harapan untuk recover diri dari virus cuti yang merbahaya...

sesi ta'ruf dikendalikan oleh akhi rusdi, seorang ikhwah yang dikenali dengan senyuman dan kata-katanya. sesi ta'ruf kali ini bagi ana sangat berlainan, disuruh buat pentomin (berlakon tanpa suara)

ia berdasarkan perkataan yang pernah menjadi kenangan terindah... diakui si sini keluarnya gaya-gaya dan seni ikhwah yang LUAR BIASA... walaupun perkataan-perktaan dipilih pelik tahap naga, tapi masih dapat disambungkan menjadi sebuah cerita... (mantap ikhwah-ikhwah sabah ni...)

esoknya bermula dengan khalwat beramai-ramai...! hehe, sudah menjadi rutin dan mutabaah bagi ikhwah untuk memulakan harinya dengan bertahajud dan berkhalwat dengan Allah, setelah solat subuh dan mathurat, aktiviti pagi mula. aktiviti fizikal pagi benar-benar menguji kreativiti dan tenaga peserta,

seorang ikhwah akan bergilir-gilir diangkat oleh ahli kumpulan masing-masing... dan aktiviti kali ini dimenangi oleh kumpulan "Mantap Jo...!", tidak tamat di situ, disambung dengan game Belalang Belatuk, aktiviti lari-lari, tangkap-tangkap dan tarik-tarik... hehe...

Pengisian pagi diberikan oleh al-akh yang bukan makhluk asing lagi dikalangan ikhwah, al-akhi zikri, pengisian pagi hanya sebagai mukadimah untuk 2 lagi sesi pengisian sepanjang hari itu, namun lantunan kata-kata penuh ilmiah memberikan perspektif pengisian-pengisian berikutnya paaasti hebat!

aktiviti seterusnya adalah Bedah Buku, Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan, aktiviti ini sangat menarik. ikhwah diminta untuk membaca bahagian-bahagian tertentu dan diminta untuk membentangkannya.... ia dapat  melatih skil-skil ucapan umum disamping top-up tsaqofah ilmu...! tahniah unuk kumpulan Santai yang memperoleh 89 markah dan memenangkan diri dlam aktiviti ini... huhu...


Pengisian ke-2 bertajuk halangan internal dan external yang akan dihadapi di ipt nanti. ikhwah disaji dengan poin-poin penting dan menarik untuk membuka mata peserta akan apa yang bakal dihadapi, ini semestinya perkara yang baru kepada para peserta dan diri ana sendiri.


sebelah petang seusai berzikir mathurat beramai-ramai, kami semua dibawa ke tempat latihan rahsia ikhwah ums, (cantek ow...) di situ kepakaran terpendam diuji sekali lagi... adeh.... kena suru belakon lagi... huhu malu malu malu...



inilah yang dipanggil sebagai pengajaran teori secara praktikal, aktiviti ini akh rusdi bilang "Daie Junior" cheeeh... ala-ala petandingan akhir Mentor...

setiap kumpulan diagihkan dengan mentor-mentor yang hebat. untuk kumpulan Doktor, Akh Anip. Kumpulan Engineer, Akh Adib dan untuk kumpulan Bisnesman, akh Mail. aktiviti ini meminta peserta dan mentor melakonkan cara berdakwah mengikut kerjaya masing-masing... huhu... ~ Tunjuk ajar ku sifu!

malam 25 jun itu, diisi dengan pengisian akh Zikri, dipanggil sesi sharing... akh Zikri menceritakan pengalaman dakwahnya dari mulanya di KMPK sehinggalah sekarang. cerita-ceritanya best, dan secara tidak langsung memberi kefahaman tentang dakwah pada diri kami, sekaligus membakar semangat peserta...!


malam pun berlalu... dan hari terakhir daurah sudah bermula... setelah membaca mathurat beramai-ramai, sesi tazkirah subuh oleh akh Haziq dari KTT. Tazkirah mengenai 'kebebasan'... tazkirah itu diselitkan dengan perkataan-perkataan canggih! seperti oksigen, hidung , trachea, bronchus, "antibiotik" dan banyak lagi... he... memang bakal doktor la orang bilang... tapi bukan itu poin utamanya, ia mengenai tarbiyah peribadi... satu ilmu yang cukup penting bagi para daie.

sesi evaluasi... inilah sesi dalam aktiviti ikhwah-ikhwah paling ana rasa paling ndak best, sesi yang menunjukkan akhirnya program, sesi yang menunjukkan masa untuk mengucapkan selamat tinggal ngan ikhwah-ikhwah... adapun begitu ia amat penting untuk program-program akan datang untuk penambahbaikan.

peserta mula meninggalkan masjid UMS pada pukul 9.00 pagi untuk bertolak ke kampung halaman masing-masing. dengan berbekal senjata-senjata baru yang didapati sepanjang daurah ini... ancaman virus cuti insyaAllah pasti dapat disetelkan...

sekian.



Ya Allah kurniakanlah hati-hati ini kecintaan yang meninggi kepadaMU, rasulMU dan dakwahMU...


~akh, semoga pengorbanan kalian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diterima Allah dan   dibalas dengan sebanyak-banyaknya.

~salam cinta dari Bumi Bawah Bayu. Keningau.

3 comments:

Abu Dzar Al-Ghifari said...

memang mantap ni jo!

teruja pulak tengok gambar daurah ni...semoga banyak manfaat yang dapat diambil untuk melestarikan tarbiyah diri dan dakwah islamiyah =

BTW kkp sama bbb tu apa akh??

idris said...

Kem Kebangkitan Pemuda Bumi Bawah Bayu... huhu... afwan sbb mengelirukan...

Abu Dzar Al-Ghifari said...

memang agak keliru tapi ok la tu!