Social Icons

Monday, 28 November 2011

Daie dan Ikhlas

Bismillahirrohmanirrohiem.... Assalamualaikum w.b.t.


sidang pembaca yang dicintai Allah SWT, pertama-tamanya saya mengingatkan diri saya sendiri untuk IKHLAS dalam tulisan ini agar jalan hidayah dimudahkan Allah untuk menyampaikan.

mudah-mudahan saja diri ini lebih memahami dan lebih ghairah untuk menjulang izzah Islam dengan ketulusan hati, mengharap keredhaan dan rahmat Allah semata-mata. Saudaraku, Imam Hassan Al-Banna pernah merungkaikan ikhlas sebagai ;

" Seorang muslim haruslah mensengajakan perkataan, perbuatan, dan jihadnya semata-mata kerana Allah, mencari keredhaan dan pahala yang baik, tanpa mempedulikan harta, kemewahan, pangkat, kesulitan, kemajuan, mahupun kemunduran. dengan demikian dia akan menjadi pejuang pemikiran dan akidah, bukan pejuang kekayaan atau kesenangan."

Sekiranya kita teliti "haruslah mensengajakan perkataan, perbuatan, dan jihadnya semata-mata kerana Allah" dapat dilihat, manifestasi ikhlas itu sangat praktikal dengan tauhid. Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Fatihah "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" ayat ini menegaskan kita berlindung dari sifat mensyirikkan Allah, sedangkan lawan kepada ikhlas yakni riya', sudah dikira sebagai syirik kecil. Maka kita wajib berusaha menjauhi syirik ini.


"Katakanlah (Muhammad), "sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim)" 
[6:162-163]


Sukarnya untuk ikhlas.


Menjaga kesucian aktiviti kita dalam dakwah ini bukanlah satu pekerjaan seperti boleh dikatakan "Eallleh! Kacang! Senang la..." ada ulamak mengatakan sudah beberapa kali dia mematahkan riya' dalam hatinya, namun ternyata ia tumbuh lagi dalam bentuk lain. Tapi penegasan di sini, tidak semua daie itu ada sifat riya', bahkan ramai lagi yang tujuannya semata-mata mencari keredhaan Allah. ~ termasuklah saudara/i  yang sedang membaca tulisan ini. Kadang-kadang dapat dilihat bilangan yang mendakwa dirinya pemegang panji-panji agama Allah yang memperjuangkan hak Allah dengan semangat yang tinggi, tapi disebalik perjuangannya hanyalah manusia yang dibeli dunia tapi menggunakan baju agama.

Kafilah yang dicintai Allah sekalian :

Allah S.W.T meletakkan 2 perkara sebagai syarat lulus sesuatu amalan itu untuk diterimaNya.

1. Amal itu haruslah bersih semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Amal itu haruslah sesuai dengan tuntunan nabi Muhammad S.A.W.

Jadi, kita lihat yang pertama. Sepanjang kita berbuat, tidak kiralah menziarahi mad'u (sasaran dakwah), beriadah bersama mad'u, menasihati rakan, memberi ta'lim,  memberi tazkirah umum, mengisi sesuatu halaqah,  dan termasuklah menghadirkan diri dalam program-program dakwah. Semua ini hanyalah sia-sia sekiranya niat kita tidak merdeka dari keinginan duniawi. Subhanallah... betapa ruginya saya kiranya sepanjang saya berbuat dalam jalan ini untuk memuaskan hati murobbi, untuk menjadi terkenal dikalangan ikhwah, atau untuk dikenal sebagai orang yang bersemangat dalam dakwah.

"Barang siapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."
[11:15-16]

Daripada Abu Umamah bahawa pada suatu ketika, seorang mendekati Rasulullah S.A.W. lalu bertanya, "Bagaimanakah pandangan tuan tentang orang yang berperang selain untuk mencari pahala, juga agar ia menjadi terkenal? apakah ia tetap memperoleh pahala?" Jawab Nabi S.A.W, "orang itu tidak mendapat pahala apa-apa pun" orang itu mengulangi pertanyaannya 3 kali dan Rasulullah S.A.W tetap menjawab ' ia tidak mendapat pahala sedikit pun." setelah itu baginda bersabda "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima perbuatan, kecuali pelakunya benar-benar ikhlas dan mencari keredhaanNya."
Diriwayatkan oleh Nasa'i dengan sanad yang sahih.


Ke dua, amal itu haruslah sesuai dengan tuntunan atau yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Saudara semestinya sudah cukup sinonim dengan untaian "Matlamat tidak menghalalkan cara" saya cukup bersetuju, kerana ada hadis-hadis sahih menjadi bukti sekadar niat yang baik, tidak menjamin perbuatan itu  suci dan diterima Allah. 


Kita lihat Robin Hood, lagenda zaman dahulu. Robin Hood cukup popular dan dicintai oleh penduduk-penduduk kampung, kerana apa? kerana dia memberi harta dan makan kepada mereka. niatnya baik untuk membantu, tapi masalah pada caranya. dia mendapat harta dan makanan melalui rompakan. Cara yang salah, niat yang betul. 

Begitu juga dengan dakwah kita ini saudaraku, amal perbuatan kita haruslah seiring dengan cara yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W. Dakwah ini suatu medan yang sangat subjektif, semua orang bebas dengan cara dakwah masing-masing. Ada yang datang mengetuk bilik ke bilik, atau rumah ke rumah, ada hanya menggunakan tulisan, ada menggunakan akhlak, juga ada menggunakan media seperti tayangan video dan macam-macam lagi. Tapi peliharalah cara kita, contohnya. Sekiranya kita ingin mendakwahi orang kaya untuk mudah bersedekah, dengan cara kita ingin biar dia rasai kemanisan kemiskinan, dengan merompak sehingga licin harta-hartanya agar dia insaf akan kesusahan menjadi miskin. contoh kedua, kita ingin mendakwahi wanita yang berpakaian jarang, kita ingin dia rasai betapa selamatnya menutup aurat, maka dirogolnya dia untuk dia sedari bahaya berpakaian seperti itu. Cara-cara ini jelas-jelas salah! Allah telah menunjukkan jalan atau cara yang terbaik. 

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
[16:125]

Jadi tugas kita hanyalah ajarkan dengan ilmu, tunjukkan dengan contoh, dan bersabar. Serahkan segalanya kepada Allah.

Sheikh Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya, Ikhlas : Rukun Dakwah Ikhwanul Muslimin menyenaraikan bebarapa tanda keikhlasan dalam berbuat :


  • Takut kepada populariti, tidak mahu terkenal.
  • Mengakui kekurangan diri, merendah hati dan tidak ujub.
  • Cenderung menyembunyikan amal kebaikan, membiarkan hanya Allah menilai kerjanya.
  • Menyamakan tugas seorang jeneral dengan tugas seorang parajurit, melakukan tugas-tugas sebagai  kuli dakwah tanpa memandang pangkatnya.
  • Mengutamakan keredhaan Allah daripada keredhaan manusia, meletakkan Allah sebagai penilai yang agung.
  • Cinta dan marah kerana Allah, cuma kerana Allah dan Islam.
  • Sabar terhadap panjangnya jalan, kerana mengetahui hakikat jalan dakwah.

Mudah-mudahan saja tanda-tanda ini berada disamping aktiviti-aktiviti kita.


Penegasan di sini sekali lagi saudaraku. Ikhlas itu bukanlah seperti yang dipolemikkan masyarakat "mengikut kesanggupan hati" tapi ia adalah amal yang dijual kepada Allah semata-mata untuk mendapat keredhaannya yang bebas dari keinginan dunia. Marilah kita bersama-sama memasuki golongan mukhlisin, golongan yang diberi pertolongan dari Allah dengan kurniaan kekuatan jiwa yang hebat, kekuatan yang diperoleh daripada tujuan kita yang agung untuk menanam benih-benih kebangkitan Islam di hati saudara-saudara yang lain. mohon aminkan juga doa saya di sini untuk meneluskan dan mengikhlaskan jiwa dan raga saya untuk mencari keredhaan Allah dan pahalaNya semata dan agar setiap tapakkan kaki di jalan ini dikira, bukan terbakar menjadi abu yang sia-sia.

4 comments:

idris (abu_uaasis) said...

Sumber Ikhlas : Rukun dakwah Ikhwanul muslimin - Sheikh Dr.Yusuf Al-Qardawi.

Haziq Jundullah said...

best... teruskan akh... pasal request ntm, ana tangguh sampai ana stabil dulu kat sini..insyaallah akan sampai waktuny gak.. :)

idris (abu_uaasis) said...

huhu... ana tggu...(^_^)

Alif Yusof said...

Wah..part jeneral tu, dlm tentera tak boleh la sama. nanti berebut nak tembak musuh guna machinegun. huhu