Social Icons

Thursday, 15 December 2011

Dakwah?! maaf...

Assalamualaikum.. cer yang agak pen ini dipersembahkan untuk Allah dan didedikasikan khas buat seorang insan yang istimewa. moga-moga sahaja Allah sentiasa mendampingkan dia dengan keredhaanNya. juga didedikasikan untuk mereka yang terasa kotor dan merasa dirinya tidak layak untuk berdakwah.


Ya Allah... ikhlaskan kami agar mudah menerima hidayahMu.


Pagar SMK. Bandar Kota Tinggi, Johor.
2005, 2.00 petang

"Halim, ko pasti  ka apa yang ko buat ni? Husna tu adik Am.."

suara Alif berbisik pada Halim, dia risau kerana yakin perbuatan mereka tu bagai menjolok sarang tebuan. Amrun atau dikenali sebagai Am merupakan pelajar tingkatan 5, sangat terkenal kerana ketika itu dia merupakan kepala  kumpulan samseng yang paling ramai ahlinya dalam sekolah itu.

"Ahh... kau ni.. Rilek la, yang buat ni aku. bukan kau... aku geram betul tengok si Husna ni... muka dah macam tayar lori yang meletup, tapi bajet cantek plak... eee blwek!" sambil bersedia dengan sebatang mercun dan mancis di tangannya. Niatnya untuk mengusik Husna.

"ha... dia datang, dia datang.." Husna kelihatan, dia yang lengkap berpakaian kurung sekolah menengah putih berskirt biru berjalan dalam kelajuan sederhana tanpa mengetahui ada bahaya sedang menanti...

"Sekarang!" dia mencampak mercun yang sudah ternyala ke arah Husna.

Husna hairan melihat mereka dan ketika itu tidak menyedari mercun itu sedang berada tepat di bawahnya.

"POUUM!!"

"Aaaaaaaaaaaaaaaa! celaka ko Halim....!!" suara nyaringya itu memecah suasana,  Halim pula lari bersama Alif dan ketawa terbahak-bahak. Nasib baik api dari mercun itu hanya membakar sebahagian kecil skirtnya.

Kolej Tun Hussein Onn, UKM Bangi.
2011, 9.00 Malam.

Ismail dalam perjalanan untuk menziarahi mad'unya. satu demi satu anak tangga asrama didakinya dengan hati yang tenggelam dalam keresahan.

'Hish... boleh ka ni....? macam mana kalau dia... Tapi.... err...' hatinya bagai dipukul ombak, tidak tenang dan keyakinannya tergoncang hebat untuk menziarahi mad'u kali pertama atas arahan murobbinya. tambahan pula mad'unya itu sangat mengenali dirinya yang silam.

"Insya Allah.. Allah bersamaku... aku datang untuk berukhwah, kan orang yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah akan mendapat syafaat di Mahsyar nanti..." Ismail berkata sendiri mengubat resahnya.. peluh dahinya dikesat, menarik nafas dalam-dalam, dan dihembus kencang.

"Huu!! Boleh!"


"Bilik 415... hah, alhamdulillah... sampai pun." Ismail sempat membeli sebungkus pisang goreng sebelum datang, dia bercadang untuk memberi pisang goreng itu kepada mad'unya. Dengan senyum tangannya di angkat untuk mengetuk, tapi ketika ingin memberi salam dia terdengar seperti ada orang sedang rancak berbual dalam bilik itu. dia merapatkan telinganya di pintu.

"Ish! aku benci betul ngan budak-budak yang ingat dorang tu baik betul..."

"aku pun... macam la kita ni najis, dari pandangan mata dorang pun aku tau dorang benci kita."

"tu la... baru rapat ngan ustaz, sudah lebih-lebih... ini tak boleh, itu tak boleh... macam la dorang tu baik sangat..."

"ko tengok la si Mail tu, sejak rapat ngan si Hazim, mana mau lepak ngan aku lagi... dulu... dia la no.1 bab-bab game ni, sebut je... Counter Strike? War Craft? Dota?... dialah paling menang... supplier movie-movie baru, kalau ko nak tau, dia tu player nombor 1...! banyak kali tukar bini. kejap clash, pastu ada lagi... clash, pastu ada lagi... hahaha... kalau la satu hari nanti dia datang untuk bagi nasihat ngan aku..."

"Mau terbalik dunia ni... hahahaha...!!"

bunyi gelak tawa serentak dua manusia di bilik itu jelas mengegarkan gegendang telinganya. tidak semena-mena pisang goreng ditangannya terjatuh dari genggaman. Ismail terus berjalan meninggalkan bilik itu, melangkah tanpa henti.

'ya... memang... memang aku tak layak untuk dakwah... aku dulu.....' monolog hatinya sambil menumbuk-numbuk pahanya dengan geram.

"aku yang teruk!, macam mana mau ajar orang lain..." kata-kata tidak disedarinya terkeluar dari mulut. perasaan malu untuk berdakwah kian menebal mengenangkan dirinya yang silam. Itu yang menjadi peluru menembak tepat melukai hatinya.

Pagar SMK. Bandar Kota Tinggi, Johor.
2005, 3.30 petang

Halim sedang menikmati air bandung yang baru dibelinya. tiba-tiba Alif menyikunya... "Halim..."

"kenapa siku-siku aku ni..." ujar Halim. Alif memuncungkan bibir bawahnya ke satu arah. Halim menoleh ke arah itu. matanya membesar perlahan-lahan, kelihatan Am bersama lebih kurang 10 pelajar tingkatan 5 yang lain berjalan ke arah mereka, ada yang memegang tali pinggang dan menggulungnya di tangan, ada yang memegang kayu hoki, ada juga memegang kau besbol. Bahaya yang besar sedang mendekati Halim.


"Alif, bagitau abang Faizul... minta back up, kita on sekarang..." Halim bersuara

"Halim, kau sorang mau setelkan...? ramai ni." Alif kebingungan

"pegi cepat, panggil abang Faizul. aku try hold dorang dulu..."

Am dan kumpulannya menderaskan langkahnya ke arah Halim. muka-muka mereka yang menakutkan kian mendekat.

"Alif, cepat...!" Alif lari meninggalkan Halim.

Halim terus diserang tanpa bicara. Dia mempertahankan dirinya, dia tangkas mengelak, menumbuk, menendang walau dikerumuni dan diserang berbagai arah. Tuba-tiba Am dapat menendangnya tepat di perut, dan kayu besbol mengena kencang di bahagian belakang kepalanya... Halim rebah, dan terus dibelasah ramai-ramai oleh Am dan gengnya. amarah dilepaskan sepenuhnya pada Halim kerana berani mengganggu adiknya.

UKM Bangi.
2011, 10.00 pagi.

"... mana mungkin kotoran dapat dibersihkan oleh air yang kotor..." keluh Ismail sendiri megenangkan bicaraan yang didengarinya semalam. Perasaannya terasa berat, tersepit antara kenangan silamnya dan tanggungjawabnya sebagai mukmin. setibanya di surau fakulti, dia melihat sesuatu. Ismail membuka pintu surau perlahan-lahan, dia mendapati ada tiga orang sedang berkumpul. Dari pemerhatiannya, dia tahu mereka sedang mendengar tazkirah oleh salah seorang dari mereka.

'eh... biar betul... macam...'

 hatinya berkata-kata. Dia tidak berapa mengambil peduli lalu meneruskan niatnya untuk menunaikan solat sunat dhuha untuk menyiapkan mutabaah yang diberi murobbinya. seusai solat, matanya malar meninjau tiga orang tadi, mereka mula berdiri dan bersalaman. salah seorang dari mereka yang memberi tazkirah tadi jelas menarik perhatiannya.

'Halim...?'

tubuhnya bergerak sendiri, melangkah pantas ke arah lelaki itu.

"eh... Penyangak...!!"

Halim menoleh dengan bingung, matanya agakk lama dilirikkan dari atas ke bawah tubuh Ismail...

"Ya Allah... Penyamun..." sambil tersenyum. "Astaghfirullah..."

"Allah... Halim kan... Masya Allah... aku dah cuak dah, ingatkan salah orang... suka hati aku je panggil orang penyamun... hehehe..." Ismail kebingungan, terkejut, hairan dan macam-macam lagi. Halim yang digelarnya penyangak di sekolah dulu baru sahaja memberi tazkirah di depan matanya sendiri.

Tiba-tiba raut wajah Halim berubah. "Boub!" Halim menumbuk bahu Ismail.

"Ini untuk kepala aku yang hampir-hampir ko pecahkan dulu..." dan kemudiannya wajahnya menjadi manis semanis madu.

"hehe... Tengkiu...berkat kayu besbol yang ko cop di kepala aku dulu aku da bleh berfikir dengan lebih centre sekarang, hahaha..."

"Halim, ko masi ingat lagi pasal tu...ye ke? hahaha... sorry brader... itu hal lama... aku dah tak buat keja tu lagi dah... Am yang suruh aim kepala ko. Yang ko pun bijak sangat cari pasal ngan Am pe hal?"

Halim hanya tersenyum.


"Halim, aku dah berubah. sebenarnya aku tengah cari kawan-kawan kita yang lain. Aku nak minta maaf ngan dorang semua... aku tau dulu aku banyak buat dosa ngan korang. kalau boleh, aku nak tebus semuanya..." Ismail tunduk perlahan-lahan.

Di hati Halim dia dapat mengetahui, Ismail juga sudah berubah dan seperti dirinya, ingin menebus segala kekhilafan yang dulu. nalurinya cukup kuat berkata 'biasanya penjahat kalau insaf, konfom hatinya disentuh hidayah dan pasti akan berusaha untuk mengetuk pintu-pintu keimanan di hati orang-orang lain' dia melihat Halim seperti bersemuka dengan cermin dan berpotensi untuk dijadikan mad'unya yang satu hari nanti akan melaksanakan pengarahan dakwah bersama-samanya.

"hah! ko nak sangat tebus kan... jom ikut aku."

"pegi mana?" Balas Halim..

"just follow la.. banyak bunyi plak..." dengan nada tegas. Halim sekadar bergurau, walaupun hatinya kini mula dihiasi iman, gurauan untuk mengusik kawan-kawan lamanya makin membuak-buak.

Zar Bakery, Pusanika UKM Bangi
2011, 10.20 pagi.

Halim memandang Ismail sebagai satu potensi untuk ditarik menjadi mad'unya.

"Jom kita duduk di belakang rak tu" sengaja Halim mengajaknya ke tempat yang agak sunyi supaya perbualan mereka tidak diganggu.

Ismail mula merasai bunga-bungaan di hatinya.

'Alhamdulillah... Allah makbulkan doaku. Ada juga orang yang sama seperti aku untuk aku lepaskan batu di dada ini...' Ismail ingin sekali meluahkan masalahnya yang cukup membebankan.

tanpa menunggu lama,

"Halim. macam mana ko boleh jadi macam sekarang ni...?" sambil merebahkan punggungnya ke kerusi dan meletakkan begnya di atas meja.

"Hehe... itu yang aku nak cerita ni... apa-apa pun, kita makan dulu. jom... jangan malu-malu buat macam kafe sendiri..."

dan hanya dibalas senyum sinis oleh Ismail.

Seusai makan,  Halim memulakan langkah bicaranya untuk membuka paradigma Ismail.

"Mail... apa beza roti yang aku beli ngan roti yang ko beli..."

"huh? ko punya ada bijan... aku punya bayak coklat rice... "

"Salah..."

"Abis tu...?"

"aku punya sedap, roti ko tak sedap... hehe..."

"hah? mana ko tau tak sedap?"

"aku tau la sebab aku dah pernah makan... hahahaha..."

"ceh"

"tapi bukan itu bezanya..."

senyum Halim, raut wajah Halim memang manis. Senyumannya jelas menunjukkan kebersihan hatinya. Kemudiannya menyambung.

"Tepung gandum yang sama tapi hasil yang berbeza"

Ismail tertarik, dan menarik kerusinya lebih rapat ke meja.

"Lahirnya kita di bumi ini sama, dan tidak ada bezanya. terpulang kepada kita untuk menentukan samada untuk hidup di akhirat nanti sebagai hamba yang gembira dan bersyukur, atau sekadar hamba yang sedih dan  menyesal kerana lupa untuk bersyukur. kalau kita lihat dalam surah ke 7, ayat ke 17... Syaitan berbaiah kepada Allah untuk mengacau manusia sehingga..."

Ismail mencapai begnya dan mengeluarkan Quran terjemahan Dar Al-Iman berwarna hijau.

'wah... dia bawa Al-Quran pegi mana-mana ya... hmmm... he's not an ordinary boy...' monolog Halim sambil melihat Ismail membelek-belek mencari ayat yang dikatakannya tadi. Dalam firasatnya Ismail pasti buat kerja dakwah juga. niatnya terbatal untuk mendedahkan Ismail mengenai akidah islam secara umum sahaja, lalu dia menukarkan  cara berbahasa dengannya.

"akhi... kalau kita fikirkan, syaitan ini sudah jutaan tahun hidup mendekati manusia dan pasti saja sangat masak untuk mengajak menusia untuk lupa mensyukuri nikmat Allah... ... ... ... " Halim berbicara berterusan lebih kurang 10 minit.

Ismail menundukkan kepala,  Halim mentadabbur panjang ayat itu kepadanya. kata-kata Halim secara tidak langsung mencairkan hatinya dan meyakinkan lagi hatinya utnuk berkongsi masalah dengannya.

Tidak semena-mena,

"Halim... macam mana anta boleh menjadi macam ini. ana bukan apa, bila ana nak rapat dengaan mad'u ana pun diri ana yang silam balik-balik menghantui ana..."

Halim tersentak dengan soalan itu, tapi tidak ditunjukkan.

"hmmm... terasa macam diri tak layak untuk berdakwah,...terasa kotor untuk berbuat... risau akan pandangan orang pada kita... rasa macam kita munafik... dan kadang-kadang takut. sebab kita tegah, tapi kita pun dah penah buat gak..."

Halim seperti boleh membaca fikirannya.

"Akhi... anta juga buat kerja dakwah bukan, maka pertama sekali anta kena jelas mengapa anta berdakwah... ana tanya anta, mengapa anta berdakwah?"

Ismail hanya diam sambil berfikir

"err... sebab ini tanggungjawab...?" Ismail meneka.

"ya... memang. tapi dulu anta join geng Am kan. pernah tak anta fikir kenapa dulu anta gembira join dorang...? exited, bangga, mahsyur sebab dipanggil samseng dengan kawan-kawan lain, tapi pernah tak fikir apa pandangn Allah pada anta masa tu? sekarang ni, anta dah buat kerja dakwah, anta kata ini tanggungjawab. Tapi mengapa masih beralasan untuk mengelak. Anta ada fikir tak apa pandangan Allah pada anta masa ini?"

"ana bukan mengelak... cuma..."

"anta mengelak..."

"tidaaaak, bukan mengelak. Ana cuma rasa tidak layak."

"hehehe... akhi, anta tau ini amanah dari Allah, dan itu wajib dipenuhi walau apa jua caranya. tapi anta tak sedar anta sedang menjauhkan diri dari amanah ini. ana tanya anta, berapa kali anta menasihati kawan-kawan anta?. berapa kali anta mengajak kaki-kaki game yang lain turun solat jemaah, berapa ramai orang yang perasan anta sedang mengajak mereka ke arah kebaikan...?"

"..."

"anta asyik kata tidak layak, tidak layak, tidak layak... tanpa anta sedar. anta tidak bergerak pun!" wajah Halim menjadi serius.

Ismail hanya menundukkan matanya ke bawah. Halim menyedari wajah Ismail berubah.

"Akhi... masalahnya di sini...' sambil menunjuk dadanya tiga kali.

" eh. tapi bukan pada Levis, tapi di hati." kebetulan jarinya menunjuk logo Levi's di bajunya sambil tersenyum.
dan menyambung.

"cuba buka surah ke 3 ayat ke 110, anta baca bila balik nanti. Al-Imam ibnu Katsir mengatakan 'beriman' diletakkan sebagai ciri terakhir kerana untuk dikatakan beriman, maka kita perlu melangsaikan 2 tugas di hadapannya itu dahulu. jadi kerja yang anta tengah buat ini bukan kerja low standard akhi, ni kerja high standard... yang gajinya di luar bayangan kita."

"hmm..." ismail mengangguk-angguk.

"title beriman ini akhi, berdiri atas dasar yakin dan bukan atas dasar percaya, maka kita harus yakin setiap tapakkan kaki kita menebarkan cinta Allah di bumi ini pasti di beli Allah." tangannya mengambil al-quran di tangan Ismail, dia membelek-belek dan menunjukkan satu ayat pada Ismail. "Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberi syurga kepada mereka"

bacaannya sejajar pergerakkan jarinya.

"kalau kita fikir balik, sekiranya kita buat kerja dakwah selama 5 tahun, eh 100 tahun la... 5 tahun pendek sangat. Adakah kita stay di syurga sampai 100 tahun, pastu kena kick out sebab sewa yang dibayar hanya cukup untuk 100 tahun...?"

Ismail tersenyum.

"Tidak akhi... Allah menjanjikan syurga bagi mukmin untuk selama-lamanya. bahkan lebih lama dari selama-lamanya... maka apa lagi alasan kita untuk menolak kerja ini...?" sambung Halim.

"Allahuakbar... Halim..." Ismail bersuara lembut.

"Mail.. mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia itu salah satu tanda ikhlas. maka atas dasar apa kita risau pandangan serong orang pada kita sedang Allah sedang gembira melihat kita. bayangkan anta dapat mengajak 2 orang untuk makin dekat pada Allah, dan 2 orang tu pula mengajak 2 orang lagi dibawah meraka, dan terus bercambah, bercambah dan terus bercambah. Subhanallah... untungnya anta... setiap pahala dorang tu copy-paste masuk dalam akaun anta tanpa kurang sikit pun."

"Insya Allah Halim... aku cuba, cuma aku tak tahu... macam mana mo ajak dorang... sedangkan dorang dah tau aku ni teruk dulu..."

"akhi... samalah dengan ana, dulu ana blur gila pasal ni. Tapi, Al-Imam Hasan Al-Banna pernah berkata... Pantulkan cahaya keimanan pada diri dan pada orang lain, sehingga anda tidak mengumpulkan hati di sekililing anda selain hati yang penuh dengan cinta... maka inilah modal kita akhi... kebaikan. sucikan lah hati dengan akhlak, jaga akhlak anta sebaiknya dan yakinlah... sekiranya Allah ingin memberi hidayah pada seseorang, pasti orang itu menerima hidayah. tapi sekiranya Allah tidak ingin memberi hidayah kepada seseorang, lakukanlah apa pun pasti orang itu tidak akan dapat menerima hidayah... tugas kita sekadar menyampaikan, serahkan saja pada Allah. Pahala tetap dikira selagi mana niat kita ikhlas untuk Allah..."


"Allahuakbar.... Allahuakbar....!" azan bilal Masjidil Haram berkumandang...

"Ya Allah... dah zohor... da?" Ismail hairan dan melihat jamnya.

"baru nak pukul 11 ni..."

"hehe...bukan software azan tu, ringtone mesej ana..." sambil Halim mengeluarkan henfon dari poketnya.

Wajah Halim berubah menjadi serius melihat mesej itu.

"Asif Jiddan akhi, ana mau lepak ngan anta lebih lama, tapi ada plak kelas jam 11 ni..."

"ouuuuh... ya ka..", Ismail sedikit kecewa, Halim mendekatinya...

"Jangan melemah dengan suara syaitan yang melemahkan anta untuk berdakwah... Yakinlah pertolongan Allah itu sangat dekat... dakwah ini untuk diri kita sendiri akhi, kerana telinga kita lebih dekat dengan mulut kita daripada telinga mad'u-mad'u kita. teruskan sebarkan kebaikan, moga sahaja hati kita tersiram dengan air keimanan... berdoalah pada Allah... jaga hubungan dengan Allah sebab di situ pengharapan kita... dan doakan juga ana supaya tidak tertidur masa kuliah nanti... hehe"

"hahaha... Insya Allah... kan ke orang dalam majlis ilmu dijanjikan ketenteraman dalam hatinya... lau tertidur dalam kuliah, tenteram la tu... hehe.."

"hah... banyakla anta..."

Mereka bersalaman...

"weh... minta nombor anta..."

"ok-ok... 014..... 544..... anta tekan-tekan tetap tak dapat... hahahaha... afwan afwan, 014 2724283... mis kol nanti... ana gerak dulu... lau ada apa-apa yang boleh ana bantu roger roger ana k hehehe..."

"orait... jazakallah khair akhi... dah recharge iman ni... insya Allah... ana akan ingat pesanan anta..."

"semua itu dari Allah akhi... kita dari silam yang sama, insya Allah menuju ke cahaya yang sama.. assalamualaikum..."

"alaikum salam warahmatullah..."

Ismail tersenyum sendiri. melihat Halim berjalan meninggalkannya.

'orang yang paling teruk aku kenal dulu baru shaja nasihat aku untuk tidak melemah dalam dakwah... Allah... indahnya kehendakMu..'

***

"Apa pendapat anda bila ada seorang yang pakaiannya terkena air kencing, maka dia hendak membersihkannya dengan air kencing pula? maka apakah air kencing itu dapat mensucikannya? Jelas sekali tidak! kotoran tidak dapat disucikan kecuali sesuatu yang suci. begitu pula halnya keburukkan yang pernah kita lakukan tidak akan dapat terhapus lecuali dengan memperbanyakkan amal kebaikkan" 

Sufyan Ats-Sauri


: Pengharapan kita pada Allah, bukan pada hamba Allah.

3 comments:

idris (abu_uaasis) said...

Alhamdulillah... special thanks : Pawaka Daksina

Alif Yusof said...

no. telpon tu mcm kenal je. haha

idris (abu_uaasis) said...

hmmm... ana rasa pn cam tu jgak...(^_^)