Social Icons

Saturday, 14 January 2012

Perjuangkan cinta ini



Bismillahirramanirrahiem... Assalamualaikum w.b.t


    Cinta, hati terasa indah bila tertera perkataan ini. Cuma mungkin terjemahannya ikut hati masing-masing, bila teringat cinta, ada yang teringat hubby,teringat baby, teringat cayunk, buchuk dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga, bila teringat cinta, ada yang teringat Ferrari, Porche, Lamborgini, dan yang bersekutu-kutu dengannya. Baik, perbahasan mengenai cinta yang begini dikupas di waktu yang lain tapi untuk kali ini, uaasis ingin berkongsi mengenai satu cinta, cinta yang ajaib tapi kurang mendapat sambutan dan sering dilupakan.




Mahu tahu apakah cinta itu?


Cinta yang boleh menimbulkan rindu yang teramat, sehinggakan keindahannya tepu terasa walau sekadar melihatnya mahupun mendengar mengenainya.


Cinta yang uaasis maksudkan adalah cinta pada saudara seiman. (^_^)

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
[49:10]

Satu soalan, adakah kita termasuk dalam golongan pencinta ini? 
Tepuk dada tanya iman, tapi jangan tanya aiman, kerana aiman akan jawab. "aiman tak kesaaaah."


erk.. =_=' , ok2!

Hmmm... Secara jujurnya spesies cinta ini sangat-sangat menghairankan saya sendiri. 


1) Pernahkah anda merasakan satu perasaan rindu bila berjauhan dengan seseorang yang baru beberapa jam anda kenali? 

2) Ada tak orang yang sanggup meminjamkan anda wang dalam amaun yang besar walau baru mengenal anda beberapa hari?

3) Pernahkah anda melihat dua lelaki besalaman sehingga berlaga pipi, malah kadang-kadang berpeluk erat. (laaaama plak tu.) padahal baru pertama kali bertemu. 

4) Ada tak orang yang anda kenali yang sanggup berulang alik tiap minggu yang beratus-ratus kilometer jauhnya semata-mata untuk menemui saudaranya, dan pertemuaan itu tidak lebih dari sejam. 

Maha Suci Allah. Dalam hidup saya, saya sudah pernah merasai dan menemui manusia-manusia di atas. Inilah yang dikatakan cinta ajaib. Satu cinta yang diredhai dan berdiri atas dasar keimanan. Jangan ditanya kekuatan ikatannya, kerana ikatannya adalah ikatan yang paling terkuat sekali di bumi Allah ini. Suka dikongsikan di sini satu kisah,

“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:

Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah." (HR MUSLIM)



Tapi. Dari mana datangnya cinta ini? 


  Semestinya dari pemilik segala cinta. Allah S.W.T. Perasaan ini dijadikan hadiah bagi mereka yang mula merapatkan diri kepadaNya. Juga bagi mereka yang mengejar kemanisan iman melalui pintu ukhwah. Ukhwah yang manis terjalin kerana Allah, terpatri dalam hati yang ikhlas pasti menjernihkan iman. Sehinggakan satu tahap, perasaan cinta itu jelas terpancar dari wajah mereka. Caranya bertutur, caranya memandang, jelas memancarkan keinginan untuk berkongsi nikmat cinta yang dia rasakan. 


  Bagi mereka yang merasai sendiri nikmat pertama kali disentuh tarbiyah dalam halaqah, pasti memahami keindahannya. Perasaan cinta yang aneh ini mengikat hati tanpa memandang usia, rupa, mahupun bangsa. Murobbi yang mengajarkan cinta ini pasti menjadi idola anak halaqah, caranya bercakap di ikuti, sehinggakan caranya berjalan, solat dan hampir segala aspek, kalau boleh di ikuti semuanya. Kerana cintanya pada murobbinya. 


  Lagi, lihatlah mereka yang menggalas tujuan agung, mereka yang berusaha untuk mengizzahkan Islam di bumi Allah, mereka antara saluran utama cinta ini. Maka carilah mereka, dekatilah mereka dan rasailah sendiri kehangatan cintanya.


Betapa anehnya cinta ini.


  Kerana hasilnya. Hasil cinta ini akan melahirkan pencinta-pencinta yang ikhlas kerana Allah, yang sedia mengorbankan diri, sedia menyusahkan diri, sedia menemani ke arah kebenaran tanpa memandang siapapun atau betapa hinanya kita. Ada yang sanggup berlapar dan dahaga kerana saudaranya, ada juga pencinta yang tidak cukup wang tapi bila tahu ada saudaranya yang memerlukan, dia sedia menghulurkan semua yang dimilikinya. Segala ini mampu dilakukan walaupun dia baru mengenali saudaranya cuma beberapa waktu.


Jadi. Mengapa perlu diperjuangkan cinta ini?


Kerana ini,


Dari Umar bin Khatab ra, Rasulullah SAW mengatakan kepadaku, ‘sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat sekelompok orang yang mereka ini bukan para nabi dan bukan pula orang yang mati syahid, namun posisi mereka di sisi Allah membuat para nabi dan orang yang mati syahid menjadi iri. Para sahabat bertanya, beritahukan kepada kami, siapakah mereka itu ya Rasulullah ? Beliau menjawab, ‘mereka adalah sekelompok orang yang saling mencintai karena Allah SWT, meskipun diantara mereka tiada ikatan persaudaraan dan tiada pula kepentingan materi yang memotivasi mereka. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut manakala manusia takut, dan mereka tidak bersedih hati manakala manusia bersdih hati.’ Lalu Rasulullah SAW membacakan ayat ‘Sesungguhnya wali-wali Allah itu, mereka tidak takut dan tidak pula bersedih hati.” (HR. Abu Daud)


Maka lihatlah janjinya,


Arasy yang dibina dari cahaya dan wajah yang bercahaya di akhirat nanti. Adakah itu tidak cukup menggiurkanmu hati? 
Lihat bagaimana para sahabat merealisasikan cinta saudara seiman mereka. Ikrimah bin Abu Jahal, setelah tamatnya perang  Yarmouk dia sedang nazak, maka datang seorang sahabat membawakan air untuknya. Bila air sudah ingin memasuki mulutnya, dia terdengar akan seorang lagi yang memerlukan air. Maka dia berkata "pergilah kepadanya, kerana dia lebih memerlukan" maka sahabat itu pun pergi kepada sahabat yang lain, tapi bila mana dia ingin memberi air, sahabat itu terdengar yang ada lagi yang memerlukan. maka disuruhnya sahabat yang membawa air itu pergi ke sahabat seterusnya. Bila dia mendapatkan sahabat yang dimaksudkan, sahabat itu telahpun syahid, maka dia pulang ke sahabat yang menyuruhnya, dia dapati sahabat itu juga telah syahid, maka dia pergi kepada Ikhrimah, dan bila dia sampai padanya, Ikrimah juga telah syahid. 


cerita ini dikatakan menjadi asbabul nuzul kepada ayat ke 9 dalam surah Al-Hasyr,


 “...Dan mereka lebih mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka membutuhkan apa yang mereka berikan”. [59:9]


Maha suci Allah, bagaimana hati yang gersang satu ketika dulu boleh basah sebasahnya dengan cintakan saudara melebihi dirinya sendiri. 


Ayuh saudaraku, inilah masanya! mari kita perjuangkan cinta ini. sebarkanlah di kalangan saudaramu, agar semua dapat merasainya. 



Ayuh bersama kita sebarkan cinta!

6 comments:

Mohammad Adhwa said...

Antara golongan yg mendapat syafaat ketika berada di padang masyar kelak adalah 2 orang yg bertemu dan berpisah kerana Allah taala. MasyaAllah. Teringin utk mencapai ke arah golongan tersebut.

idris bin hasyin said...

insya ALLAH akhi... samalah seperti d diri ini... bersama-sama kita kita berusaha untuk menjadi golongan itu ya...(^_^)

Abu Dzar Ghifari said...

cantik gambar yang last tu akh haha

idris bin hasyin said...

hmmm... ana stuju... mmg cantik. hehe.

MABAJ92 said...

asyik tema cinta jak?!...ade ape2 ke ni?

idris bin hasyin said...

hehe... org lain gembira promote cinta dorg... mengapa tidak kita...

(^_^)

kita offer cinta...