Social Icons

Saturday 7 January 2012

Bisikkan ke hati...


~Bisikkan ke dalam relung hati hamba yang semakin alpa dan lupa...(T_T)

***

Duhai hati

atas dasar apa kau mensyukuri?
gembira kerana senang, atau suka kerana dipandang
nikmat dihulur semata itu menguji keimanan 
sedang kejayaan hidupmu pasti diterbangkan

Duhai hati

atas dasar apa kau menangisi?
suram kerana susah, atau sedih kerana malu
ujian yang dihulur itu nikmat dariNya
dugaan yang mewarna itu dakwat cintaNya

Duhai hati 

atas dasar apa kau mencintai?
nafsumu atas kecantikan budi, atau baiknya pekerti
akhlaknya dikedepankan, solehnya jadi tekapan
tapi bila goyahnya cinta, hangus rentung ikatan

Duhai hati

atas dasar apa kau membenci?
kemarahan atas lakuannya, atau berbezanya dia
sedangkan membenci itu menggelapkan cinta
melindungi hati sehingga ampuh dari cahaya


Duhai hati

atas dasar apa kau menjauhi?
malu kerana teman, atau statusmu sebagai soleh
sedangkan dibelakang, maksiat mudah dirapati
tangan godaan syaitan yang mengemudi


Duhai hati

atas dasar apa kau menemani?
sekadar dikenali kerana ramai yang mencintai
atau takut dipandang asing sekiranya menjadi abdi
tuntutan Allah ditarik sementara ke belakang
tuntunan teman yang mengepalai langkahan

Duhai hati

atas dasar apa kau mensyukuri...
atas dasar apa kau menangisi...
atas dasar apa kau mencintai...
atas dasar apa kau membenci....
atas dasar apa kau menjauhi...
atas dasar apa kau menemani...

tidak ada lain hati...  semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi.~ Allah S.W.T

Raikan cinta disekeliling untuk HIDUP bahagia
Raihlah cinta Allah, untuk HIDUP di syurga.


Ya Allah, bila sudah masanya... pulangkanlah aku kepadaMu sebagai hambaMu...

5 comments:

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

bisikkan atau bisikan?? confius~

idris bin hasyin said...

typo akh...(^_^)

Unknown said...

ni ko masuk peratuan puisi islam ke??

idris bin hasyin said...

bukan la faizul. yg ni ptndingan tuk diri aku sndiri... jd secara rasminya aku memenangkan diri aku. hehe... xadala... nasihat la... peringatan.

Unknown said...

try lah hantar... klu bertuah dpt lah hadiah dr telaga biru...