Social Icons

Wednesday 6 July 2011

cerita di awal pagi.


Astaghfilrullahalazim... Lan, Bangun...! tengok jam berapa suda ni...!

eeeeeeeaaarrggghhh... Azlan mengeliat panjang dan memandang Hakim dengan mata yang hampir tertutup, mcam ada magnet saja dikelopak matanya...

woii, bangun la! hakim menarik selimutnya.  ni bukan subuh gajah lagi... subuh dinosaur sda ni...

"Jam 07.30.? Ya Allah...!" Azlan melompat dari katilnya dan meluru ke bilik mandi. lantas berwudhuk untuk solat subuh. 2 rakaat subuh diselesaikan sepantas berlumba F1...

seusai bedoa, mata Azlan tertumpu di satu sudut yang lain, Azlan nampak Hakim sedang main "pesbuk" di penjuru rumah, lalu bangun dan  merapatinya...

"napa ndak bangunkan aku....?!"

"ntah la, aku ingatkan ko da mati tadi... fade up aku bangunkan ko. gila... berapa botol ubat tidur ko telan?"

"eleh... bukan sengaja bha. eh yang ko awal-awal pagi layan FB pahal? da baca mathurat ka?"

"hee... mathurat dalam hati, pesbuk dalam mata..."

Azlan memandang Hakim dengan mata menyindir dan tersenyum sinis

"eh ada 74 friend rq?!. gila Femes juga ko ni!"

"hmmmmph..." hakim mendengus ringan sambil menghalakan mouse ke "show all request"

"hwaaaaa... semua pompuan la... fuh, cantek-cantek plak tu. napa ndak approve?" ujar Azlan.

Hakim tersenyum melihat raut wajah Azlan. mukanya seperti melihat gajah terbang. mukanya kehairanan dan taik mata yang tidak lut masih melekat di matanya...

"sebab aku hormati dorang..."

"kalau ya pun ko ni alim betul... approve jak la, selain habluminallah kena jaga, habluminannas jangan dibelakangkan..." kata Azlan kebingungan.

"chhhiiieeehhh.... ambek kau, tu diiaaa ceramah dari ustaz subuh gajah..."

"ai, paerrrllliiii ka?"

"huhu... ndakla, main-main jak.bukan macam tu lan... aku masih bujang lan.. aku tak risaukan dorang, tapi aku risau perasaan aku plak di usik syaitan nanti..."

"ala... ko ni, orang request bukannya mo kapel ngan ko pun... bukannya ada tujuan mo jadikan ko tu suami dorang ka, ipar dorang ka apa ka... dorang add ko tu niat baikla, ikhlas mo bekawan ngan ko..."

"boub!" Hakim menumbuk manja bahu Azlan...

"weh... camni lan. kalo lakan,  rumah ni terbakar... mana lebih selamat. ko lari sampai depan rumah jak ka, atau ko lari sejauh yang mungkin supaya ndak kena api?"


"surela yang jauh. lagi selamat"

"ya... hehe, begitu juga aku lan... ikhtilath bagi aku bukan perkara ringan... bagi aku ini lebih baik untuk menjaga hati aku..."

"tapi kim, yg request ni kawan-kawan kita juga... kakak-kakak sinior, budak-budak surau pun ada juga. takkan ko ndak mau approve?"

~Hakim berdiri dan mencapai Al-Quran terjemahan Darul Iman nya. nah tengok ni...

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
 [17:32]

"tgok, Allah ndak larang kita bezina pun... tapi Allah menegah kita untuk menghampiri zina sama sekali...
makanya, aku cuba sekuat mungkin untuk menjaga diri... mata, tangan, kaki dan hati terutamanya..."

"hwaaahhh ustaz... ko ni melebih-lebih la. macam la yang add tu minat betul ngan ko... tengok orang-orang lain. dorang laaagi banyak ilmu dari ko, jangankan add, komen-komen post lagi..." azlan tidak puas hati...

"lan... dorang komen-komen atas dasar berkongsi ilmu." itu dihadapan Allah, bila ditanya dorang mampu menjawab. tapi kalau aku, aku komen-komen atas suka-suka. ada huhu, ada hehe, ada hoho dan macam-macam lagi bunyi... mo jawab apa depan Allah nanti? cakap macam ni?  "Saja... suka-suka jak..." "

"ntah la ko ni. kepala batu! mana mo dengar pendapat aku..."

hakim menyedari wajah Azlan berubah....

"yala-yala... ko la menang... tapi aku ada pendirian sendiri. setiap orang ada cara menjaga diri masing-masing. dan caraku begini... zaman Rasulullah, ikhtilath para sahabat sangat dijaga. sehinggakan ndak bleh berjalan bersama walau dalam jumlah yang ramai. sekarang? huhu... jangankan berjalan, duduk bedua-duan pun banyak... bukan itu jak, Allah pun perintahkan kita untuk tundukkan pandangan... napa? semua kerana ikhtilath." hakim cuba meneguhkan pndapatnya.

"jadi, sampai bila-bila ko ndakkan approve rq dorang?"

"hehe... insyaAllah... satu hari nanti bila aku sudah kuat dan mampu menjaga pandangan aku dengan lebih baik... aku approve la..."

"bila la tu?!"

"lepas aku nikah...! hahahaha... sudah-sudah, jom kita pigi serapan. aku belanja. ko jangan terasa pula, aku langsung ndak cakap add bukan mahram kita tu salah... cuma aku ja niat jaga hati. lain orang lain caranya deh..."

lantas hakim berdiri dan menghulurkan tangannya ke Azlan.

"ntah la, pelik btul ko ni, makin lama aku kenal ko... makin pelik la ko ni..."

"pelik itu bagus... hehe" hakim tersenyum...

"jom la... lapar suda ni, bekonsert sda bunyi perutku ni" sambung hakim...

"okla-okla... jom..." azlan bingkas bangun dan berjalan ke bilik menukar kain pelikatnya...

"lan! aku rasa la kan... aku mo letak la cerita-cerita kita tadi dalam blog aku..."

azlan yang berada di bilik tersenyum sendiri...

"ndakpayala... aku rasa dorang suda baca pun....!"

***

Glosari :

[Habluminallah = Hubungan kepada Allah]
[Habluminnas = hubungan sesama manusia]
[ikhtilath = percampuran lelaki dan prempuan yg bkn mahram]

7 comments:

Walid Hafizul said...

haha memang sudah kami baca ni akh!

Cik Strawberry said...

ahsanti

Walid Hafizul said...

yup, baru jak!

idris bin hasyin said...

Abu Dzar : klau mcm tu, ndak paya post lg la...(^_^)

Perindu Taubat : maaf ya.tidak bniat apa2, tp 'ahsanti' bkan dtujukan kpada pmpuan?

Walid Hafizul said...

lebih kurang gitu la akh =P

Muslim'sDigest said...

akh, mesti femes dah nama "hakim" dn "azlan" tuh... pa2 pun, mabruk akh... dialog yg best.. pndai dah bermonolog dlam hati.. hehe

Cik Strawberry said...

ana silap..asif2