Social Icons

Sunday 28 August 2011

Ramadhan Terakhir. [1]

23 Ramadhan 1432 hijrah. hari yang indah tanpa hujan. matahari mula tergelincir membawa masuk ke waktu zohor.

Satu hari yang biasa di masjid Nurul Hikmah, dengan jumlah jemaah yang ramai menjadi tumpuan orang awam untuk bersolat di situ. bukan itu sahaja, selepas zohor setiap sabtu Zaki seorang pegawai kesihatan akan menyampaikan ta'lim umumnya di sana. rutinnya itu menjadikan dia dikenal ramai di kalangan jemaah, bahkan peserta-peserta ta'limnya tidak kira tua atau muda semua sangat senang dan rapat dengannya.

***

"Alhamdulillah... jadi kalau sudah tidak ada musykilah lagi, insya Allah majlis kita sampai di sini sajalah ya.... panjang umur, kita jumpa 2 minggu  depan lagi. minggu depan saya balik kampung... mau beraya ngan tok imam kampung saya pula... hehehe...."

"kejap Zaki.... 1 musykilah bleh...?"

Pak cik Asir mencelah.

"Ya pak cik.... silakan."

"musykilah ni memang ndakda kaitan dalam hukum fiqh. cuma... pakcik tengok kamu ni... kerja ok... muka da hensem... ilmupun da banyak di dada... kamu.... belum beniat untuk berumah tangga ka?"

para jemaah tersenyum dengan soalan pak cik Nasir tu. ada yang menggeleng kepala, dan ada juga yang menutup mulut menahan ketawanya...

"eh, rumah saya teres jak pakcik... tak payah la tangga-tangga ni... he...
 aduh... hebat betul la musykilah pakcik ni...
...
"niat tu memang la ada pakcik... cuma tu lah. kerja saya belum mengizinkan saya untuk mencari lagi... saya sibuk... lagipun saya rasa... saya masih belum layak lagi untuk menjadi imam di hati mana-mana wanita..."

"alaah, kamu tu yang tidak mencari..."

Zaki senyum dan memalingkan kepalanya dari lantai ke arah pakcik itu.

"kalau macam tu pakcik la tolong carikan saya... heee...
 Allahuakbar... sudah la tu... saya serahkan saja pada Allah pakcik, Dia lebih tahu... masa ni Allah sembunyikan dulu... bila dah tiba masa yang terbaik, Allah pertemukanlah..."

ndakda musykilah lain lagikan. jadi... insya Allah kita tangguh dengan surah kifarah dengan tasbih al-asr... eh. tasbih kifarah dengan surah al-asr...

jemaah tersenyum...

***
pada malamnya, ketika Zaki sibuk mengemas pakaiannya...

dia terjumpa sehelai kertas kuning.


Hafiz Nasiruddin
012-5476897

'eh... Masih ada lagi benda ni...?' Zaki tersenyum sendiri. kertas kuning ini....

fikirannya melayang asyik memikirkan soalan Pakcik Asir tadi...

***

tidak lama dulu, ketika pulang dari ta'lim, dia menghampiri Toyota Corola  kelabunya, memang kelihatan usang jika dibandingkan dengan kereta-kereta sekitarnya,

ekhik..ekhiieieik...ekhiek...

ekhihik...eikhiek..eikhiek...

eeikhiek...ikheikhk...eikhiek...

"adeh.... kereta puaka ni buat hal la pula napa ndak mau start ni...."

tiba-tiba

"Krark!"

"innalillahiwainnalillahiraji'uun....."

Zaki turun dari keretanya dan pergi melihat...

"uish... teruk juga ni."

keretanya dilangggar Alza ungu...

dia melihat melalui cermin belakang Alza itu...

"la pompuan rupanya.... ish macam mana bawa kereta ni ?!" teriak suaranya di hati.

pintu Alza itu terbuka... tedengar kumandang surah Al-Rahman bacaan Kamal Uddin. dari radio kereta itu agaknya.

pemandunya keluar dengan kaki kanan, tapi langsung tidak kelihatan kakinya dia memakai stoking hitam. kainnya tidak sampai ke tanah tapi menutup kakinya bila dua kakinya terkeluar, dia berdiri perlahan-lahan...

Zaki terkesima...

"subhanAllah... caaaantieknyaaaa..."

wajah wanita itu bersih jernih, tudungnya biru labuh menutup sehingga separuh bahagian lengannya. memakai baju kurung tapi, pakaiannya sedikit pun tidak menunjukkan walau secebis bentuk badannya.

"maafkan saya encik... saya betul-betul tak nampak tadi" kata-kata terkeluar dari mulut wanita itu

mata zaki segera ke tanah.

'Ya Allah... belum pernah ku temui makhlukMu seindah ini. wajahnya indah, pasti hatinya jernih...'

"... encik... encik..!"

"astaghfirullahalazim..." zaki tersedar dari dunia dirinya. pun begitu, matanya tidak diangkat ke wajah wanita itu.

"macam nilah cik, masalah ni kecil jak. ndak perlula di besar-besarkan, cuma selepas ni cik kena ingat... bila undur kereta tu pandang betul-betul bahagian belakang, nasib baik kereta buruk yang kena. kalau mercedes yang kmu langgar tadi.... ndak tau la. biarla, cik boleh pergi..."

"eh. betul ka ni.... saya rasa serba salah, ini tanggungjawab saya. macam ni la..."

wanita itu bergerak ke keretanya lalu mengeluarkan kertas kuning dan pen. dia menulis sesuatu ke atasnya.

"ni no. henpon yang kamu boleh hubungi kalau perlukan duit untuk membaiki kereta kamu..."

sambil menghulurkan kepada Zaki.

"baik terima kasih."

"saya minta maaf sekali lagi. Assalamualaikum" nada salamnya direndahkannya.

"wa alaikumsalamwarahmatullah..." barulah zaki menarik matanya ke atas dan beredar ke keretanya..."

***
kertas kuning itu disangka hilang, rupanya ada dalam almarinya.... esoknya ketika tiba di kampung.

"Assalamualaikoooooouuuum!!!" Zaki sampai di rumahnya.

"wa alaikumsalam... eh Zaki...!" ibunya lantas bangun menyambut anaknya ke dakapannya.
kerinduan yang membungkam di hati dizahirkan dengan air mata yang mencurah-curah. air mata kasih seorang ibu. tangan ibunya di cium dan diletakkan dipipinya...

"mak sihat mak? makin cantik mak ni... berapa botol abis sendayu tinggi mak?"

"ish! budak ni" ibunya memukul bahunya... sudah-sudah, yok masuk...

hari demi hari berlalu. Zaki menikmati sepuas-puas cutinya. lepas dari kesibukkan kota. Al-Quran tetap menjadi temannya dimana-mana.

"zaaaakiiiii, mari sini tolong mak dulu..."

"yaa maaak, kejap-kejap... lagi 2 ayat lagi ni..."

sudah menjadi azamnya, targetnya untuk mengkhatamkan al-Quran 4 kali dalam bulan itu. 1 target yang bukan mudah untuknya, tapi tidak mustahil. dia tidak ingin mensia-siakan setiap detik ramadhan yang belum tentu akan bertemu lagi di tahun hadapan.

"mana masalah yang mak ndak boleh selesaikan tu?. mana mak?! mana mak?!"

"huooowh... super hero juga anak mak ni, dari dulu sampai sekarang, ndak pernah berubah... nah, ambil daun pisang ni... lap."

"la... ingatkan ada raksasa ka cuba curi kueh kita, ada ular gergasi ka... ini, daun...? adeh... jangan siakan power saya mak..."

ibunya tersenyum.... "kamu ni... bila la mau membesar."

kemudian ibunya bingkas bangun, dan mula menyapu ruang dapur... tiba-tiba...

"bdebak...!"

"MAAAAAAKKKK!!"

...BERSAMBUNG

2 comments:

Unknown said...

em..anta nak buat cerpen islamik k? nice starting, keep it up. i pray 4 u, i'Allah.

idris bin hasyin said...

i.ALLAH... ya akh, saja2 jak... hehe... apa2pn syukran atas doanya... btw. selamat hari raya....