Social Icons

Sunday 17 July 2011

TEMAN

T- Tengok tu...! dia ingat dia hebat la tu...
E- Eh?! ko ni kenapa tiba-tiba lepas marah ngan aku...?!
M- Mana buktinya?! aritu cakap gini2, tapi ndakda poun....
A- Ah sudah!,  ko ndakkan paham apa yang aku rasa sekarang...
N- Nanti bha! ish ko ni ndak pandai sabar owh...


he.... begini la makhluk Allah yang bergelar TEMAN atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya "sahabat" mengajar kita erti kata "kehidupan". kadang-kadang siap offer pakej penegangan urat leher, penghabisan stok air liur, bantuan menghabiskan duit, pinjaman barang yang tidak pandai dibagi balik, dan banyak lagi tapi pakej utama paling popular, kursus menghilangkan sabar...!

pembaca yang dihargai sekalian, sekiranya di amat-amati ayat-ayat dari TEMAN di atas, kebanyakkan hari ini itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sang sahabat kepada sahabatnya yang lain. Penekanan ya,  “kebanyakkan”, ana pasti yang sedang membaca artikel sekarang ini tidak termasuk dalam golongan sahabat yang begitu…(^_^)

~kamukan baik-baik...

pernahkah anda berada dalam situasi seperti ini…?

Situasi A

Salbini : Fazrul seronoknya ko sudah balik. Macam mana kelas tutorial hari ni?
Fazrul : Baik.
Salbini : Ahmad bagitahu saya ko kedapatan ndak siap kerja tutorial ngan sir Zamsharil. Macam mana lah..?
Fazrul : ok jak.
Salbini : Bagusnya…. Kadang-kadang susah mo kedapatan tu, mungkin nasib mu ndak baik kali ni… hehe. Ko rasa kalau ko cakap ko sakit semalam dia mo terima alasan mu ka?
Fazrul : Ya.

Situasi B

Syam : tadi saya jatuh tertiarap depan Muslimah di tangga belakang surau….!
Safwan : Syam, ko tau kan. Tempat tu licin, ko sepatutnya pakai selipar yang lebih grip, dan lebih berhati-hati. Aku rasa lebih baik ko pakai kasut, bahaya bha tu, pakai jak bha selipar Crocs, selamat lagi… dulu pun aku pernah juga dengar ada orang jatuh beguling-guling di situ… memang bahaya tempat tu…

Untuk situasi A, ia sering terjadi ketika sahabat sedang berada dalam mood yang amat kondusif untuk meletup. Fazrul sedang tertekan dan cuma mengharapkan ketenangan… masalahnya salbini tidak berhenti-henti bertanya, Fazrul Cuma mengharapkan supaya Salbini diam dan biarkan dia tenang dulu.

Untuk situasi B,  juga sering terjadi… tapi kepada kebanyakkan orang la… Syam sedang ghairah untuk  menceritakan pengalamannya, safwan pula tidak memahaminya, Safwan sangka dia telah menyelesaikan masalah sahabatnya. Sedangkan Syam berfikir ” kenapala dia ni ndak diam dan dengar jak…”

Huhu… secara teorinya,  manusia mengharapkan dirinya untuk difahami sedangkan dia tidak berusaha memahami orang lain. Itu la sebab kita dapat dengar hari ini, ada tidak pernah bertegur selama 4 bulan semata-mata kerana bergaduh kecil. (adaaa…)

Bukan itu sahaja, selalunya kompom, bila kita bergaduh dengan sahabat, orang paling pertama ditunjuk bersalah adalah ‘dia’, dia yang mana? Yang mana lagi, dia yang tidak mahu memahami kita la…


Itu satu hal, tapi bila si sahabat dapat menyedari dia sedang berada dalam tempat yang salah…  3 perkataan emas yang paling berat di dunia pula menjadi masalah…

” saya minta maaf…”

~ terutama sekali lelaki huhu…

Itu kalau yang menyedari, lau yang tidak sedar-sedar? Mesti dia sedang menuggu-nunggu 4 perkataan kapas yang dianggap paling ringan dari sahabatnya… “ ko betul… maafkan aku”

~ini biasanya terjadi dalam kalangan pmpuan.  Beranggapan 4 perkataan itu ringan untuk diucapkan kepadanya, padahal… 4 perkataan itulah paling berat…


Saudaraku…


Kita bukan budak kecil lagi… benda-benda kecil usah dibesarkan… fenomena “ bukan aku yang salah!” sepatutnya sudah mula dihakis… sahabat itu anugerah, jagalah ia sebaiknya… kalau kita ndak dapat kawan yang baik, macam mana kalau kita sendiri jadi kawan yang terbaek!


T- Tapi itu kan hal dulu, sudah la. Aku lupakan da poun…
E- Eh, kenapa moodmu  arini macam mo hujan jak… ada masalah ka?
M- Maafkan aku ya, aritu memang silap aku yang tidak faham ko…
A- Apa?! Duit ko hilang?! Ndakpa rilek dulu, aku support ko untuk minggu ni…
N- Nanti lau ada masalah, kontek aku a… ndak peduli waktu pejabat atau ndak, kontek jak.


heeee... TEMAN ini semestinya lebih selesa daripada TEMAN tadi kan... tapi kita mengharapkan beras FREE? Huhu… manada benda free, masuk tandas pun 20 sen (kadang-kadang ada 50 sen)
~ cekik darah btul…

Kita mengharap teman memahami kita sedangkan kita tidak berusaha memahami teman. Kita marah, kita merajuk, kita terasa hati, pernahkah kita terfikir mengapa ia terjadi…


Semua orang melakukan benda yang dia rasa baik untuk dirinya, masalahnya benda tu belum tentu baik untuk orang lain… makanya, kita kena belajar bersahabat ~ how? Bersahabat la dengan diri sendiri dahulu, kalau suda tercapai, pasti kita mampu jadi sahabat terbaik untuk semua orang…

Pahami diri kita dahulu,sebab itu lebih susah daripada memahami orang lain.... kenali di mana 'weak point'… dengan itu kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga keharmonian bersahabat…  kita memang sentiasa betul, tapi tidak semestinya kita sentiasa paling betul..

Sekian..

salam cinta dari sahabat untuk sahabat...

3 comments:

Walid Hafizul said...

ada jugak tempat yang kena bayar satu ringgit kalau mau masuk tandas!

comment sebenar adalah;

ana pun mohon maaf juga kalau ada salah silap sama anta. Manala tau kalau terlabih bergurau apa apa la yang nta jadi marah & kecik hati

sorry ya akh

dan selamat menyambut ramadhan

idris bin hasyin said...

huhu... ternyata darah ntm dijerut... afwan ya akhi sekiranya ada gurauan ana yg ntm terasa hati... huhu, moga dpanjang umur brtmu ramadhan kali ini... Amin...

Unknown said...

dlm berkwn mmg mcm 2... susah org nk paham kite, kdg2 org ni nk kite phm die tp die sndiri x phm kite ni mcm ne...