Social Icons

Sunday 19 June 2011

Indahnya dia...

"aduhhh... Ya Allah apala bala yang Kau bagi pada aku ni..."

"uissyy... beratnya benda ni... macam mana mo setelkan ni..."

"Alamak... mcam mana ni... dah hilang keja.. pa aku nak bagi anak bini aku makan...?"

Allah... result aku... rendah mcam ni..."

huhu... koleksi keluhan kita... kalau kita fikir2kan agak-agak kalau dihimpunkan semua keluh resah kita di satu tempat... silap-silap bleh ganti arkib negara kan... haha, ni la kita, semestinya diri ana sendiri sebagai al insan, juga manusia yang berasal dari 'naswiya' yang bermaksud 'lupa'... kita sering terlupa yang kita hanya pelakon pentas.

tapi bukan pentas yang glamour la... hanya pelakon di pentas dunia yang masing-masing mempunyai watak yang harus dihayati... cuma... sebenarnya Siapa pengarahnya...? Siapa yang atur perjalanan plot dan sequel watak kita...? jap2. jawab nanti...

(elleh anda da tahu jwapannya~ buat2 ndak tau jak la dlu ya.. bg can la org celoteh sikit...)
                                                                           ***

ingat ka lagi bila mana kita masih setitis air mani...? (sure x ingat...he..)
saudaraku yang dikasihi sekalian. bila mana rahim menerima kehadiran sang mani, maka malaikat akan mengambilnya di tapak tangannya dan bertanya pada Tuhannya...

"Ya Allah, mahu dijadikan ka atau dimatikan.?" sekiranya Allah memerintahkan untuk mematikannya, maka air mani itu akan dicampakkan ke rahim yang berdarah dan tidak bernyawa. tapi, bila Allah menjawab

"Jadikanlah.." barula malaikat akan bertanya lagi... "Jadikan dia lelaki ka perempuan? berbahagiakah orangnya atau celaka? bagaimana rezekinya? berapa lama usianya? dan di bumi manakah tempat kematiannya? maka barulah Allah menjawab.

: "Pergilah kepada Umm al-kitab(Luh al-Mahfuz). segala-galanya itu ada di sana." kemudian pergilah malaikat menyalin segala-gala untuknya...

                                                                           ***
Pembaca yang budiman, semestinya ana sendiri perlu sedar bahawa tiap-tiap yang berlaku pada diri ini sendiri sudah ditentukan... bah kan sudah tersedia sebelum wujudnya kedua ibu bapa kita... hari ini hidup anda bahagia, anda mempunyai rakan-rakan, hp yang canggih manggih (touch screen depan belakang), account fb, my space, twitter, skype dan segala-galanya... termasuklah masa ini yang sedang anda korbankan untuk membaca blog buruk ini. semuanya telah ditentukan Allah dari duuuuulu lagi.

begitu juga dengan segala masalah kita. masalah duit kita? result yang x seberapa cemerlang? kurang itu ini? kena marah itu ini? gaduh nagn kawan? dan macam-macam lagi. semuanya semestinya dari Allah... saudara sekalian, semestinya kita sedar setiap manusia itu diuji mengikut kesanggupannya, jika kita lihat saudara-saudara islam di Chechen, Palestin, Iraq, Syria, Bosnia, Afghanistan. ujian mereka jauh diberatkan dengan suasana yang amat menakutkan, tidur malam yang tidak tenang menuggu bom jatuh dari bumbung rumah, anak kecil tidak boleh bermain sesuka hati ketakutan mendengar bunyi bom dan das-das tembakan, keluarga yang kehilangan rumah, kekurangan makanan untuk mgalas perut dan bila mendapat peluang makan, belum tentu esok akan ada lagi makanan untuk dijamah...

bandingkan dengan masalah kita yang tidak seberapa. tahun ini juga dikejutkan dengan tsunami di jepun, rakyat-rakyat di sana kehilangan rumah, dan sumber pendapatan tidak terkecuali. bahkan effectnya melanda ekonomi negara, makan-makanannya yang di eksport ke negara luar ditolak kerana bimbang dengan radiasi. habis cacat bisnes export dorang.

~(adehh panjangnya artikel ni bila la mo abis...?) (^_^) rilek2... c kit lagi.

saudara-saudara sekalian, ketahuilah. banyak sebab mengapa Allah mengatur hidup hambaNya dengan pelbagai masalah.

1) untuk menunjukkan bahawa Allah kasih dan cinta pada hambaNya, Dia tidak mahu hambanya terus hanyut dengan ombak dunia tanpa mengingatiNya. Kembalilah mengingatinya...

2) Allah ingin menyucikan diri kita dari segala kotoran-kotoran dosa, mudah-mudahan segala dugaan itu ditukarkan dengan penebusan dosa.

3) semestinya Allah ingin mengangkat darjat hambaNya, setiap dari kita diletakkan darjat di sisi Allah dengan darjat-darjat tertentu. Allah akan terus menguji hambaNya sampai ia sampai ke darjat yang sepatutnya. semakin banyak dugaan mendatang, semakin tinggilah darjat kita di sisiNya...
huhu bedoalah banyak-banyak supaya makin banyak ujian yang datang... hehe...

dan bila sebesar manapun dugaan mendatang, janganla terlalu sedih... Allah sama sekali tidak zalim pada kita. ingat-ingatla artikel ni... kesian anda penat membaca, praktikkanla... mudah-mudahan Allah sentiasa mengurniakan indah kesabaran bersama anda melalui semua ujianNya. nikmatilah semua dugaan, kerana tidakla ia datang selain menjadi ujian dan membawa keindahan hikmah... 

~semua dugaan itu pasti indah, kerana ia datang dari Yang Maha Indah...~

 untuk sebarang keraguan atas sumber :
1)Al Quran. [2:156, 2:216, 2:286, 4:40]
2)Hadith Riwayat Ibn Mas'ud (m/s 130) : HADITH 40 (terjemahan dan syarahnya) Mustafa 'abd. Rahman.

2 comments:

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

assalamualaikum..

waa.. dah mula menulis nampaknya...

idris bin hasyin said...

walaikumsalam... alhmdulillah... baru belajar, blog ntm best... tu yang ana smangat mo blajar menulis tu... mudah2an bmanfaat...